nafas terasa berat
seolah otot kardiak mengetat
bronkus terasa sempit
seolah otot skeletal mencekik
dalam menadah tangan
seusai bangkit sujud
dalam air mata bergenang
lidah terus kelu
seolah neuron-neuron haru-biru
mahu dipanjat doa tapi tak mampu
dan sekelumit rasa tenang hadir
dari hakikat bahawasanya Dia mengerti
apa aku mahu cakap dalam setiap kata yang tak terucap
setiap babak kisah duka dalam setiap titis air mata yang aku seka
Allahurabbi.
No comments:
Post a Comment