Rugi

'Cool' disini, 'burning' disana.

Tuhan, jauhkanlah.

Perkataan B

Mungkin cuma persepi dia yang itu.
Mungkin cuma argumen dia yang itu.
Mungkin cuma tindakan dia yang itu.

Mudah kau kata dia, maaf sebut, bodoh.
Seolah kau tahu saja isi kepala dia.

Maaf, aku tidak setuju bila kau guna perkataan B itu bukan pada tempatnya.
Sekalipun kena tempatnya, aku percaya perbendaharaan kata kau cukup luas untuk pilih gabungan sukukata yang berbeza.

Rasulullah s.a.w juga ajar cara hikmah bukan?

Hak

Kalau aku mahu warnai rambut dengan highlight biru
Kalau aku mahu pakai oversized shear white shirt with tight bell-bottom jeans
Kalau aku mahu warnai kuku dengan pengilat kuku hitam
Kalau aku mahu dicacah satu tatu pada lengan kiri aku

Kalau aku mahu sentuh siapa sahaja aku mahu
Kalau aku mahu minum makan apa saja aku lalu
Kalau aku mahu menari di pentas buat tontonan semua.
Kalau aku mahu lontarkan suara menggoda untuk halwa telinga manusia.


Kalau apa sahaja...
semuanya hak aku.

Tapi jauh mendahului hak aku, hak Tuhan.

sikit lagi

Lampu trafik merah.
Dan masih merah.
Dan masih merah.

Kereta pertama beralih arah.

Lampu trafik masih merah.

Kereta kedua beralih arah.

Kereta ketiga yang turut merasa lelah menunggu kini di hadapan.

Lampu trafik bertukar ke hijau.


Kadang-kadang kita perlu sabar sikit saja lagi.
Sikit saja lagi.
Sikit saja.

kusut

Ada masa aku fikir cukup banyak
dan akhirnya bikin keputusan yang seolah aku tidak pernah fikir langsung.

=.="

Lain

Aku makin berbeza
atau kau baru kenal aku?

isnin



Syukur ya, Tuhan bikin Isnin tiba untuk kau :)

Pelik

Dia juga suka segala macam tentang dunia seperti yang kita suka
tapi banyak yang dia lepaskan, atas alasan mahu cari redha Tuhan.

Kita kata dia pelik.

Barangkali terbahak-bahak iblis ketawa
sambil beritahu kawan-kawan bahawa kita kurang cerdik.

tak apa







Kau istimewa dengan cara kau.





sela



It's how you fill the gaps that makes all the difference.

tersembunyi

terima kasih serigala besar dan jahat kerana pertemukan aku sama ini buku :)



Hakikat itu selalunya lebih daripada sekadar apa yang menyapa mata.
Sering, kita gopoh-gapah lompat ke konklusi.

dokumentasi

Hukum dokumentasi itu menarik -
tulis apa yang kau buat dan buat apa yang kau tulis.

Mengaplikasi hukum ini dalam pekerjaan agaknya jauh lebih mudah berbanding dalam kehidupan.

perkenalan



islam belongs to the whole mankind.
nobody owns islam.

:)



mungkin belum cukup perkenalan.

belajar

Kita tak cukup mata nak pandang semua.
Kita tak cukup telinga nak dengar semua.
Kita tak cukup masa nak mengalami semua.

Hidup itu singkat.

Sesenduk kemahuan.
Sesudu besar rasa rendah diri.

Kita boleh belajar daripada mereka yang pernah.
Tidak kiralah jika mereka sudah buat pilihan yang betul atau yang salah.

Memberi

Bila kau memberi untuk kebaikan meski hati kau berat kalah beratnya lori balak campur berat lori tangki bawa minyak, tak mustahil Tuhan akan balaskan dengan sesuatu yang jauh lebih baik yang kau tak pernah sangkakan. Dan apa yang lebih indah daripada motivasi dari Tuhan.

berucap

ada manusia yang jarinya lebih petah
maka berucap adalah penyiksaan buat lidah

mengantuk

malam-malam rasa mengantuk


barangkali

agar kita tak menyumpah gelapnya malam
agar kita tak terlalu rindu terangnya siang

barangkali

itu satu dari banyak-banyak
tanda adilnya Tuhan

harapan

suram-suram senja,
esok mentari terbit jua.

selagi belum kiamat,
jangan putus harap.

definisi

Aku fikir kamu cuma lihat apa yang aku pilih untuk tunjuk dan bahawasanya ada lebih dari sekadar yang menyapa mata yang perlu kau lihat untuk benar kenal aku.
Sedikit aku tahu, pilihan aku sudah mendefinisikan...........aku.

sentiasa

bagi aku, tak ada istilah 'berkawan kembali'.

once a friend, always a friend.

kawan

"Em tapi tak mahu la carikan yg tudung-tudung labuh sangat dan berjubah semua..
Terlalu baik untuk aku..
Takut..hahaha"

"Habis tu aku, aku pakai jubah, takut juga la ni? Haha"

"Ya..Secara jujurnya..
Aku agak berhati-hati dengan kau"

"Like seriously? apa yang ditakutkan? berhati-hati as in....?"

"Sebab aku nampak perubahan kau kan..Dulu lain dan sekarang lain..Sampai satu masa..nak tegur helo-helo pun aku takut tau..Nak cakap something apa pun,aku fikir dalam-dalam ayat aku. Maaf terjujur.."
 
"Sebab aku mcm ni...? but in a way la, isn't that better... that you would think twice sebelum cakap, that you would watch your words, that you wouldn't simply say anything...to a girl hehehe"
 
"Yup,itu mesti..ckap dgn girl especially,memang kena berjaga2..Sorry for sedikit kejujuran tadi..haha..tapi percayalah,aku suka dengan perubahan kau..amat respect even aku sendiri tak mampu nak jadi mcm kau.."
 
"No need sorry lah... aku pun mencuba.. still tunggang tungging here there... still learning.." 
 
 
 
Terima kasih, kawan. 
Sebab tetap jadi kawan.
Sebab tetap sokong kawan.

Antara kita ada garis, tapi
tak perlu cross out perkataan 'kawan' kan? :)

ego

biar ego yang menghuni jiwa ini calar.
jangan, sekali pun jangan, hati-hati mereka.

hak

Kita lebih sering menuntut dari menunaikan.
Lantas lebih sering kecewa dan mengecewakan.

bakat

khabarkan pada aku dimana kau sebenarnya.

jujur

Apa harus aku jujur sejujurnya menampilkan diri pada manusia...               
menampilkan diri sepertimana jiwa yang masih punya bermacam celoreng noda?

Atau harus aku, meskipun jiwa tidak sesempurna, cuba...
menampilkan diri semampu sempurna seperti yang dituntut ayatNya?

Kalau aku pilih yang pertama, tidak hipokritkah aku pada Tuhan...
menampilkan diri seolah aku belum pernah mendengar perintah Dia?



penting

It is indeed unfair to judge a book by its cover.
But that doesn't make the cover any less important.

sebaliknya

Banyak perkara yang buat kau menangis akan buat kau ketawa.
Banyak perkara yang buat kau ketawa akan buat kau menangis.

Sering kau mahu ketawa dulu saja. Gopoh.

malaikat

Kita kadangkala, pada melihat penampilan, keliru antara manusia dan malaikat.
Aduh, melihat malaikat juga kita belum pernah, bukan?

nevertheless

i love you, nevertheless