Ketam

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus -
aku kira itu sebuah perlambangan kejayaan mendidik
kerana anak ketam benar ikut cara ibunya berjalan.

Mungkin tak lurus menurut hukum manusia.
Tapi lurus mengikut fitrah yang Tuhan cipta.

Kita?

Jalan jauh

Kadang-kadang dalam hidup, mencapai perkara yang kau impi itu macam satu bangunan berpagar, dalam bandar besar persis Kuala Lumpur atau Pulau Pinang,yang kau mahu masuk. Akan pada satu ketika, jarak antara kau dan destinasi bisa jadi kurang seinci tapi yang kau hadap bukan pintunya lagi. Saat itu kau harus carigali sabar dalam kocek hati, tahan diri dari mencerobohi dan terus jalan lagi sampai Tuhan izin kau ketemu jalan masuk yang kau cari. Ada sebab pastinya belum takdir kau untuk sampai lagi, barangkali ada gerbang dalam pembinaan menyambut kau hadir nanti atau mungkin ada bahaya Tuhan mahu elak kau alami.

Ada masa, cukup sukar untuk mengerti aturan Ilahi.
Dan masa itulah, barangkali, Dia mahu latih kau meyakini.

Ribena

Minggu belajar sebelum minggu peperiksaan adalah minggu paling ekstrem dalam semester. Minggu yang paling lapang untuk menjalankan segala penelahaan yang amat patut memandangkan hari-hari peperiksaan setiap subjek tak sanggup berjauhan. 

Adakala sampai satu masa, fikiran jadi teramat bouncy.
Lagi kuat kau cuba fokuskan kepada nota, lagi dia melantun tinggi entah kemana-mana.

Kelmarin rungut pada ayah,

"Tak boleh fokus la..."

"Minum Ribena."

"Kenapa Ribena?"

"Dia bagi bertenaga."

:)

Kemana

"Hmm kalau jodoh tak kemana...
  Kalau kemana tu, bukan jodoh lah agaknya."

"Mungkin dia kemana sebentar lepas tu buat pusingan 'u'..."

"Mungkin..."

Belakang pentas

Apa kata..sebuah tepuk sorak yang panjang?
Atau mungkin tepuk sanjungan yang gemuruh?

Aku dah jumpa belakang pentas.

Rupanya kamu cuma berlakon.
Hebatnya sampai aku tak sadar aku cuma penonton.

Wajarlah kamu mahu kembali ke pentas
dan relakan saja aku pergi.

Barangkali itu cara Tuhan tolong tutupkan tirai
untuk persembahan kamu yang cukup asli.

Apa kata sebuah anugerah pemain pentas terbaik?
Dengan iringin tepukan gemuruh?

Aku dah jumpa belakang pentas...
...dan tahu helah kamu.

Meski lambat.

inspirasi: Take A Bow

Tidak membahagiakan

Aku kira itu normal - alah kepada perkara-perkara yang tidak membahagiakan. 
Tapi banyak perkara yang tidak membahagiakan hari ini sebenarnya membahagiakan hari esok. Kalau bukan hari esok, barangkali lusa. Barangkali tulat. Barangkali juga barzakh atau yang seterusnya. Aku harapkan dos iman yang cukup kuat untuk menindas sistem imunisasi perasaan agar tak menolak total sebahagian perkara-perkara yang tidak membahagiakan. Menyesal esok, tak apa. Lusa, tak apa. Tulat, juga tak apa. Tapi kalau ketika sudah di barzakh atau yang seterusnya, itu masalah besar.

Worth

The truth is,
we are going to hurt some people around us from time to time.

Just make sure we are worth suffering for.

Malu

Rasa malu -
bila dah hilang, susah nak dapat balik.
Kadang-kadang tak dapat balik pun meski gila-gila mau.
Maka cuma tinggal boleh guna rasionaliti dan nurani yang tak berapa nak suci.
Tapi dua-dua cara tu selalu ada lag time.
Kadang-kadang cuma sempat untuk kasi menyesal saja.

Malu - dia boleh kasi tindakan refleks. Nikmat.
Nikmat yang kadang-kadang kita suka-suka buang.

Notification

Sometimes people notify you late about important things/events you'll definitely be involved in.
And so you can't do the planning early. And so, you'll have to be prepared to face the last minute rush. And so sometimes you start to complain how they should've tell you earlier, how you could've plan things in a better way if you'd known it earlier.

But...

if He brings you to it,
He'll bring you through it.

And sometimes we were so immersed in worrying that we needed someone else to bring us to the realization of that fact. Praise be to Allah if He brings into your life that someone else. Whoever. Whenever.

Pra-dinihari

Aku ingin jadi tetamu pra-dinihari itu.

Dengan semangat yang tak terkalahkan
empuknya bantal, enaknya tilam.

Yang datang dengan rasa paling fakir
memohon kasih merayu ampunan.

Dengan air mata yang bergenang kemudian berlinang.
Dalam sujud yang panjang.

Indestructible

"Bergantung pada yang indestructible la, if you want to become indestructible too... 

Depend 100% on Him..

Never lose hope.
He will give if you ask from Him.. He is the most generous, most merciful."


Sometimes, you just need someone to say it to you.
Dear you, thank you :)