Jalan jauh

Kadang-kadang dalam hidup, mencapai perkara yang kau impi itu macam satu bangunan berpagar, dalam bandar besar persis Kuala Lumpur atau Pulau Pinang,yang kau mahu masuk. Akan pada satu ketika, jarak antara kau dan destinasi bisa jadi kurang seinci tapi yang kau hadap bukan pintunya lagi. Saat itu kau harus carigali sabar dalam kocek hati, tahan diri dari mencerobohi dan terus jalan lagi sampai Tuhan izin kau ketemu jalan masuk yang kau cari. Ada sebab pastinya belum takdir kau untuk sampai lagi, barangkali ada gerbang dalam pembinaan menyambut kau hadir nanti atau mungkin ada bahaya Tuhan mahu elak kau alami.

Ada masa, cukup sukar untuk mengerti aturan Ilahi.
Dan masa itulah, barangkali, Dia mahu latih kau meyakini.

No comments: