Babi

Sebusuk-busuk babi
dia patuh perintah Tuhan

Sekotor-kotor babi
dia konfem-konfem dah bukan ahli neraka

Seharam-haram babi
bukan ke kita juga yang associate dia dengan makna-makna buruk pastu buat dia jadi curse word

Kalau kau rasa babi tu teruk sangat,
cuba baca ayat 22 surah al-Anfal.

Tuhan haramkan saja babi tu. Tuhan tak kutuk pun.
Tak rasa kita je yang kecoh lebih?

Peperiksaan

Kumpulan kertas-kertas tersusunan antara rapi dan tidak. Setiap helainya menanggung beratnya titik-titik dakwat yang sudahpun kering. Titik-titik yang membentuk abjad yang hampir dan jauh yang akhirnya membentuk suku kata, perkataan dan seterusnya sebuah ayat lengkap yang menanti untuk menjadi santapan mata-mata manusia. Dalam kesuntukan masa dan kekayaan kata yang setiap helai kertas itu miliki, imaginasi membawa aku kepada sebuah pengharapan kecil yang tidak serius. Pengharapan bahawa sebahagian gabungan abjad bisa terkumpul menjadi semangkuk laksa dan semua noktah menyatu menjadi kuahnya. Sebahagian lagi pula, setiap huruf n yang ada menjadi nasi dan yang lain menjadi lauknya yang pelbagai. Sejumlah lain pula bergabung menjadi segelas besar air bandung. Nombor-nombor muka surat yang tersisa pula menjadi cincau lembut yang lemas dalam merah jambunya bandung tadi. Dan aku, aku hanya perlu menikmati setiapnya agar esoknya bisa menjawab soalan dengan penuh jaya.


Teruji

dalam diuji
ada masa
kita kata/rasa
"aku lebih sanggup kalau..."

kerana kita lebih sanggup yang itulah
kita diuji dengan yang ini

barulah teruji

anestetik setempat

Demi kemaslahatan
Demi tali-tali yang kau tak nak tegangkan
Demi tangan-tangan yang kau tak nak lepaskan
Demi hati-hati yang kau tak nak jarakkan
Demi kasih yang tak terbandingkan

ada perasaan yang perlu kau kebaskan.

Anestetik setempatnya bersifat endogenous. Tak bisa dicapai dari mana-mana rak farmasi. Tak bisa diformulasi walau hebat mana pun manusia mampu bikin inovasi. Yang ini, kau kena trigger sendiri. Dan lenggok tutur kata dan tatacara kau saat kau kawal anestetik itu, aku kira, sebuah seni komunikasi.


kalau kalau

bukan minta
cuma paranoia