One word

"Dia traditional..."

"I memang emm tak lah kan..."

"You aaa..."

and she has known me all my life.


Teringat chorus Grace Kelly.

Ingat














Mungkin.


Fesyen

Tengok Kristine Hermosa kat tv3 dengan anak sulung abang....

"Kakak, cantik kan dia...?"

"Cantik...tapi kurang fesyen..."

"Apadia?"

"Tak dak tudung."

Cair

Aku kena tingkatkan melting point.

Kombo

Norethisterone
Tranexamic Acid

Sure got hikmah one!

Foreign workers

While some of us look down on
or make fun of
some foreign workers from third world countries
who came to work here in our country,
some of them are actually those who
made full the second (which also happens to be the last) saff
during Isya' and Taraweeh prayer
in some house of Allah.

Subhanallah.
Mana tau, barangkali level dia dengan Tuhan lagi up ka...


Master

Just now.
Makcik aku-tak-ingat-nama-seriously : Belajar lagi ke, ke dah kerja?
Aku : Belajar lagi. Baru habis second year.
Makcik aku-tak-ingat-nama-seriously : Oh study apa, master ke?

Before I start my degree.
Lao shi : You sekarang buat apa?
Aku : Tengah cuti, tunggu nak continue study.
Lao shi : You nak buat master ke?


Muka ni? 
Buat masters?
Hahaha.

Makcik

Baru pusingan kedua.
Mata dah kalah Garfield.

Sampai pusingan terakhir,
Makcik Napsiah kata - Penat ya..?

Masalahnya makcik Napsiah tu yang makcik

=.="


Tarawih.


Benci

Terlalu berat untuk dijadikan beban dalam perjalanan panjang yang bila-bila masa boleh ditamatkan. Terlalu busuk untuk disimpan kerana potensi tinggi membuat perkara-perkara lain dalam bagasi sepanjang pemusafiran menderitai penodaan. Terlalu kita benci untuk miliki namun sering terlalu tersangkut untuk melepaskan.

Dia yang buang benci dari bagasi tak membawa status suci. Juga tidak berarti dia cuma tahu sayang. Seperti asid dan alkali, perasaan juga ada satu yang ditengah-tengah yang digelar neutral. Benci itu barangkali masih ada dalam dunia dia, somewhere, cuma dia pilih untuk membutakan mata untuk itu walaupun buta secara total itu terlalu hampir kepada mustahil. Dan buta pada benci tak berarti buta pada segala perkara yang mengundang rasa itu.


Benci ada dua. 
Benci yang adil dan benci yang zalim.
I'm talking about the latter.

OOTD

Kalau aku buat OOTD,
Tesco, Jusco dan Pacific kena berterima kasih banyak kat aku.


Baru belajar apa itu OOTD semalam,
ni yang mengaplikasi dalam entri ni.

Cakap KL

"Aku cakap KL lah pulak..."

"Hang memang cakap KL pun!"

"Takdelah sangat..."

*ketawa besar sambil ulang 'Takdelah'*

*ketawa besar lagi*



Haha. Aku defenseless



Panahan

Kadang-kadang tak sempat menusuk. Sekadar mencalar.
Kadang-kadang tertusuk sikit. Luka ringan.
Kadang-kadang tusukannya dalam. Mencabut, sakit. Membiarkan, lagi sakit. Dan bila melihat parut semakin hilang - tenang, dalam kesedaran bahawasanya melepaskan pergi itu menyembuhkan.

Pada satu sisi,
cinta tak perlu panahan,
cinta perlu rawatan.

Rawatan? Ya. Rawatan.
Agar ia subur, tumbuh tinggi, kukuh dengan bunga mekar nan mewangi.
Agar rendang menyejukkan mana-mana pasang mata pun memandang.
Agar akar merangkak jauh, berselirat mencengkam kuat pada syariat.
Agar dahan bisa menujah awan, menggapai jauh, mencari Tuhan.

siang malam

gelap malam dihias bintang yang buat aku dongak dengan jiwa penuh harapan
terang siang yang cukup benderang hingga aku berusaha tunduk dalam kesederhanaan
aku harap itu siang malam sampai tiada lagi siang malam untuk aku

tapi
rona gelap malam ada tonanya
rona terang siang juga ada tonanya

dan pada itu, ujian
dalam malam gelap pekat, apa aku masih akan dongak dengan tekad?
dalam siang pudar terang, apa aku tegar angkat kepala sambil berjalan?

Tunggu

"You must be very worried. There is nothing I can say at this point, but things should become clear before too long. Now all you can do is wait. It must be hard for you, but there is a right time for everything. Like the ebb and flow of the tides. No one can do anything to change them. When it is time to wait, you must wait," kata Malta Kano pada Toru Okada.

Kadangkala kau rasa lagi rela persiap hati untuk sepahit hakikat pada jawapan konkrit yang cepat asal kau boleh langkau fasa menanti meski mungkin ada sesuatu yang manis yang sudah Tuhan persiap di akhir penantian yang akan kau akhiri tidak terlebih cepat atau terlalu lambat kerana aturan Tuhan itu tepat. 


Mungkin takdir aku untuk baca rangkap itu.
Mungkin itu yang Tuhan mahu aku tahu.
Mungkin.

Senyuman

adakala ianya setiap ukiran yang tercalar
membawa kau kepada pencarian pengukir terhandal
yang ukirannya tak mampu disentuh insan
lalu kau bisa terus tersenyum

harga ukirannya - percaya.

Addressable insufficiency

Despite liking the song,
I never agreed to the idea of Bee Gee's Words.

Ayah

This is last year's story.

Me and him were at a bookstore.
I was wanting to finish off my book voucher
and to do so I need just one more book.
Just one more.
And I have no idea what else I wanted.

"Pak pilihlah satu. Tak tau dah nak amik buku apa."

He looked around and he picked one -

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.




Revelation

Pada satu sisi, Ramadhan itu membawa moment of truth.

Kerana bila tiada 'dia' yang menghalang dan mencadang,
tahulah kita siapa dalang.

The Murderer

Pengkhianatan tanpa penyesalan mahupun pembaikan dan/atau pengakuan adalah pembunuh yang bisa menjadikan Kepercayaan mayat paling ngeri hingga manusia kepupusan kesudian membedah siasat dan lekas mahu kuburkan tanpa bicara panjang. No?

She knows

Pasti ada satu manusia dalam hidup kau, mungkin dua, mungkin tiga...
yang pada mana dia dengar suara kau di hujung talian berbicara tentang macam-macam,
dia boleh kata

"Kau masih fikirkan hal yang tadi tu kan..?"

Dan kau ketawa.
Dan dia turuti.

Dan bila kau kenang kembali,
kau jadi syukur pada Tuhan...

...kerana hadirkan dia :)

Zafran Adli


Suatu ketika semester lepas, aku kena buat karangan laporan. Maka aku harus letakkan satu nama sebagai kononnya penerima laporan tersebut yang berjawatan sekian-sekian. Maka satu nama muncul dalam kepala - Zafran Adli. Out of the blue. Maka tugasan laporan yang berikutnya pun aku guna nama yang sama. 

Dalam pada itu, aku jadi tertanya kenapa Zafran Adli? Of all names. Mana aku pernah jumpa nama tu? Tak pernah ada member nama tu pun. Ahli politik mungkin. Barangkali aku pernah jumpa namanya di akhbar. No big deal.

Hari ni baru tahu siapa Zafran Adli. Seseorang yang memang aku tak kenal, yang hantar friend request dekat FB, yang sampai hari ni aku tak approve dan tak bercadang untuk approve melainkan aku kenal di realiti.

Bukan fokus aku pada Zafran Adli. I just got fascinated by what the brain can do
Bagaimana memori yang tinggal separuh memberi tanda tanya, mengundang pelbagai andaian dan bagaimana hakikat itu adakala rupanya adalah sesuatu yang tak pernah kita andaikan. Kalau aku tak check friend requests, mungkin Zafran Adli akan kekal dalam kepala aku sebagai some politician maybe.


Jerat

Mengumpan gadis belia dengan perhiasan tubuh
bukan macam memancing anak kecil dengan gula-gula.


Tapi kalau kau tak sedar pun tak apa.
Her benefit.

4 huruf

Susah macam mana pun,
lagi senang buat daripada tidak -




Dosa.

M

Mesir.
Mursi.

Kita terlalu asyik mengambil iktibar.

Ikhtiar?

Penakut

kerana ketika hati disapa, membuka berarti menerpa kebarangkalian luka.

Punca

Kita banyak merungut tentang kesan penolakan sendiri terhadap kesederhanaan.

Perlu

Semakin masa berlalu
dan atas segala yang terjadi
semakin yakin aku
aku perlu disini.

Sekalipun seisi dunia merasa tidak.

Diabetik

Penindasan hari ini seperti serangan penyakit diabetes pada kaki.
Tak terasa lukanya, sedar-sedar sudah berborok.

Many applies what I guess I can call The Diabetes Business Strategy.
Dengan professionalisme dan dalam diam menipu wang pelanggan, sedar-sedar mereka, kita sudah banyak untung. Dek penggunaan strategi berkenaan secara meluas, sepertimana pesakit-pesakit diabetes kronik, ramai yang redha.

Mungkin gua pun sekali. Hmm.

Kebetulan

Kebetulan itu cuma suratan yang tidak dijangkakan.

Transporter

Gifts are potential transporters.

In the future,
they can
metaphorically
transport the receiver
back in time
to when it was given.

























And sometimes,
feelings forgotten
rejuvenates.

Wedding dress

Glitters of salah.
Beads of amal jariah.
Embroidered flowers of sadaqah.
Sprayed mists of wonderful du'as.

Wedding dress adalah sangat mengujakan.
Meski entah bila tidak tahu akan pakai.
Tapi gua problem besar tak settle-settle tang nak deco kain kafan.
Meski bila-bila saja ada possibility kena pakai.