astigmatisma

kuat kilau pangkat harta kuasa
menerobos kornea mata minda
tajam menusuk meninggalkan parut
bet that explains the narrow minds and shallow thoughts

Escape























Travelling.
It fills you with something new everytime.
You'll never come back the same.

Satu proses indah dalam usaha mengkonstruksi dan merekonstruksi jiwa.



In need of a sweet escape from the routine.

Sempurna

At the end of the day,
life would turn out, maybe not as how we want it to, but just perfect.
Kerana yang mengaturnya itu Maha Sempurna.

Rahmat

I guess you are a blessing
in the form of a lesson.

Alhamdulillah.
Masha-Allah.
Tabarakallah.

Fiktif

"Aku rasa...aku better off with cats..."

"Dengan Batman laa.."

"Kenapa Batman?"

"Catwoman kan bercinta dengan Batman. Jadi Catwoman sudah laa..."



kawan, 
experience finally succeeded to convince me that they're just fictional characters.

Penyimpangan


Kita -
cuma sebuah penyimpangan manis yang singkat tanpa sengaja dari realiti.

Bersemadilah dengan aman dalam aku punya kotak kenangan.
Aku kira penghidupan semula kau dalam hidup aku itu cuma atas kuasa Tuhan.

Bukan milik

Perkara-perkara dalam hidup...
adakalanya sedekat dapat dicapai tangan
namun seperti tiada langsung kemungkinan untuk dapat dipegang.


Sebuah penafian pemilikan....

mungkin sementara...
mungkin selamanya...

yang wajib kau redhai.

Hikmah


Percaya

"And whosoever with taqwa of Allah, He will make for him a way out. And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if anyone puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah set a decreed extent." 65:2-3




Dalam gundah rasa ini, Tuhan
aku mohon taufiq
agar tetap terus percaya
apa yang Kau takdir

meski sekuat mana ujian ini mahu rentap iman dari jiwa.

Masa

"orang kata people come into your life for a reason, a season or a lifetime,
when you figure out which one it is, you will know what to do for each person...
what say you la"

"true... there is always a reason, hikmah, lesson,
however you wish to see it"

"how...to figure out.. "

"time will tell.... + do'a + istikharah + your own gut feeling
The time will come when you feel very strongly about your decision and able to list more reasons on one side when you evaluate your options .... and you are willing to take on the consequences and go through the path that you have decided on. Stronger signs might show up to support your decision ... following the type of doa that you make. Most importantly, try not to be bias and open your heart and mind to the signs and guidance that might be coming your way."



Nikmat

Dia yang itu tumpangkan bahu.
Dia yang satu lagi itu bikin aku ketawa.

Pada rasa pilu
mata bengkak
suara sengau,
Tuhan perlihat nikmat sahabat.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

Kemalangan

Bisa saja terjadi pada perasaan.

Dan jarang, cukup jarang...
kemalangan tanpa cedera.

Sometimes the time of impact is super short. 
Yet, the force is super large.
Then, there goes - a big dent.



Dan akhirnya kau harap Tuhan sembuhkan.

Tepat

Takkan pernah Tuhan beri sesuatu melainkan tepat pada waktu.
Cabarannya, kita yang harus cari cara tepat untuk hadapi.
Kadang-kadang, cari punya cari tetap sampai jalan mati.

Barangkali Tuhan mahu ajar - sabar, solat dan tawakkal.



Refleksi

Sia

Tak guna kau pilih aku
kerana sukai manusia yang kau cukup yakin kau boleh buat aku jadi.

Jalan

Yang kanan tak selalunya betul.
Yang kiri tak selalunya salah.

"Pandangan mata selalu menipu.
Pandangan akal selalu tersalah.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki."


Dan hati...
tak selalunya selari dengan akal.
Maaf, kalau aku tampak tak rasional pada kamu.

ketidaksamaan

Age does not define maturity.
Gentleness does not define fragility.
Level of education does not define sagacity.

'lovebirds'



and so she picked that shirt as a gift
to someone who has sort of given up on that kind of love.

7:128

Sekali baca,
terlintas dalam kepala - pilihanraya.

Moga tertegak yang haq.

'Catwoman'

Kata orang, kucing punya sembilan nyawa. Aku kira, dengan yang tersisa, aku masih boleh survive kalau hati aku kau mahu tikam dalam-dalam dengan perlahan sambil menarik keluar pisau sekali-sekala dan tikam kembali dek rasa ragu dengan kau punya tindakan. Salah aku, pakai hati pada lengan.

Ketidakselarian

Kau terperangkap dalam dilema.

Mahu jadi yang dia suka.
Atau mahu jadi yang Dia suka.

Ketidakselarian keduanya adalah manifestasi sebuah percanggahan.
Dan kau lebih tahu mana yang utama.

Mengalah

Many times...
I caught myself doing something silly,

unintentionally,

and somehow I never stop hoping
those silly acts will lead to a much wiser one.


And I caught myself doing something silly, again.

And, again.

No, I haven't stop hoping.
No, not yet.

No, I shouldn't stop, right?

Malu

Kata orang, kalau dalam hidup,
acap kali diuji dengan perkara yang hampir sama,
ketahuilah barangkali, kau masih gagal melepasinya.

Macam repeat paper bila kau fail exam.

Malu dengan Sang Penguji.
Asyik-asyik muka ni.

Disenyapkan

Lebih kurang tersenyum.
Sambil ligat jari sentuh skrin.
Mahu balas pesanan ringkas kamu.

And my prepaid balance silenced me.

Bukan aku tak sudi.

'Heartless'

Those who are heartless
once cared too much...




and gave up.

'Unblock'

























Tak semua jalan keluar kau boleh jumpa dengan maju kehadapan cuma.
Kadang-kadang perlu undur dan susun semula banyak perkara.

Merajuk

Tak semena-mena
kau lastik aku dengan rasa bersalah
dan lari laju penuh drama sambil tolak aku pergi.

Bukan sekali dua. Bukan sekejap cuma.

Sistem imunisasi bukan cuma ada pada tubuh.
Perasaan juga ada, tahu.




Baiklah, aku cuba patah balik pujuk.
Tuhan, tolong ikhlaskan.

Sisi itu

Indah indah bulan
ada juga sisi gelapnya.

Jelek jelek pandang
tak mahu juga malam tanpanya

Kerana itu bulan, sebahagian hidup aku.
Apatah lagi......


untuk aku sambung,
mungkin belum masanya 

Taugeh

Tiada cara penyampaian yang one-size-fits-all.
Aku cuma makan taugeh dalam popia.

Jaminan

Penantian menjamin sejuta kebarangkalian.
Kenapa terkejut kalau akhiran bukan seperti yang kau harapkan?

Hati-hati bila menanti.
Hati-hati bila mahu dinanti.

Hilang

Dan rasa itu hilang, sedang ia aku manifestasikan.

Luas rasa hati yang Tuhan beri, tak mampu duga yang kan tiba nanti.

Melepas

Bila kau tak hargai dia.
orang lain akan.

:)