Menyelamatkan

Barangkali berada dalam situasi pada mana kau disalaherti atau disinggung perasaan atau apa-apa yang menyakitkan baik pada jiwa mahupun pada badan adalah satu cara Tuhan untuk selamatkan kau dari melakukan yang sama pada mana-mana insan.

Wajarlah dikatakan manusia bijak itu orang yang belajar dari orang lain punya kesalahan.

Mencintaimu


Spring

Atas tranparency, prof lukis spring.
Dalam kepala, minda aku lukis curly fries.

Menakjubkan benar bagaimana neuron-neuron dalam kepala bekerja tatkala perut beri signal minta diisi.

Entah

Momen kau mahu yang amat menghulur tangan memberi bantuan meringankan beban tapi kau tak satu zarah idea pun tak ada mahupun sebarang persoalan bernas dan dengan berat kau melangkah pergi kerana jika tidak kau cuma akan terpaku disana, kelu, kaku dan manusia lain akan terpinga-pinga kenapa kau masih disitu.

Jelek

Kalau bukan karena Tuhanku hebat menutup aib,
pastinya aku kan kau lihat teramatlah jelek.

Datang

"Kau bagi signal saja, ramai yang akan tiba."

Barangkali ya.

Yang tiba kerana tubuh.
Yang tiba kerana wajah.
Yang tiba kerana manja.
Yang tiba kerana akal.
Yang tiba kerana suka-suka.
Yang tiba kerana mahu cuba.
Yang tiba kerana mesra.
Yang tiba kerana kononnya cinta.
Yang tiba kerana personaliti.
Yang tiba kerana harta.

Entah mana dia,
yang tiba kerana mahu kata "Aku terima nikahnya..."
disusuli nama satu perempuan yang dia terima seadanya.

Yang mahu menjaga kesucian dengan pernikahan.
Yang mahu menjaga pernikahan dengan kesucian.
Bak kata Salim A. Fillah.

Bila Tuhan bilang 'kun' untuk pertemuan aku dan dia, fayakun.

Juga

Kata orang, dia yang diberi pilihan 'all or nothing' itu pasti merasa sakit.

Percayalah, dia yang memberi pilihan 'all or nothing' itu juga merasa perit.


Test

Sometimes life gives you the test before you have had time to learn the lesson.

Perhaps failing it is the only way for you to learn.
Perhaps that's the lesson.

God's tests are tailor-made.
They'll fit you just perfect.

You'll pull through. You'll pull through.
As long as you believe in God.

Lesson

"We met for a reason. Either you're a blessing or a lesson."

I was hoping I am your blessing.
Turned out to be you are my lesson.

Juta-juta

Tak kisahlah wang siapa.

Manusia lompat-lompat lenggok-lenggok, lantunan suara nan lunak, susunan bunyi nan rancak mungkin bisa menghiburkan hati buat sejenak. Mungkin.

Juta-juta boleh bahagi.

Ada tandas awam paip rosak, pintu tin.
Ada surau awam, penyangkut telekungnya sebatang kayu merentas dua dinding.
Ada anak kecil derita tak cukup wang nak bayar ubat dan hospital punya bil.
Ada kanak-kanak polos minta derma dengan mata terkebil-kebil.
Ada SPCA yang kau lihat dah rasa geli.
Ada anak cerdik tak cukup duit mahu belajar tinggi-tinggi.
Dan banyak lagi.

Menyelesaikan separa ataupun semua itu amat menghiburkan. Mungkin bukan cuma sejenak tapi sepanjang zaman.


Sayang

Aku kira 'sayang' itu terlalu mahal untuk kau panggil aku hingga terasa tak wajar aku tawar-menawar. Sekalipun aku berjaya, kau lah yang rugi, maka apa arti sayang yang aku gembar gemburkan. Simpanlah sampai halal untuk aku cium kau punya tangan, sampai halal untuk kau cium aku punya dahi.

Zahir

Dana naik disini. Dana kurang disana.
Pertolongan disini. Penindasan disana.

Laksana pakai selimut tak cukup kain.
Kau rasa bila kau tutup kudis di kaki, mereka tak nampak pekung di dada?

Mau tipu ya.

Lepaskanlah

Kadang kau melepaskan pergi yang kau tak mahu lepaskan pergi dan hidup dalam ketidakmampuan melepaskan pergi yang telah kau lepaskan pergi.

Semalam

Terlalu pahit untuk dikenang
Terlalu indah untuk dilupakan

Sentuhan

Kulit ke kulit.
Bibir ke bibir.
Mana-mana sahaja lah.

Tak bertanda zahir di tubuh.
Namun dalam jiwa terang berbekas.
Namun dalam ingatan bertapak kukuh.

the friction. the warmth. the love.


Rasanya istimewa.
Yang mampu buat tangan masih mahu saling pegang, meski segalanya.
Yang mampu buat hati membara penuh rindu, meski segalanya.
Yang mampu buat dua insan mahu tetap bersama, meski segalanya.

Wajarlah sentuhan itu tinggi darjatnya, begitu berharga...
...cuma untuk dia yang jujur bilang 'aku terima nikahnya'
...cuma untuk dia yang terima untuk taati kau sampai hujung nyawa

Fobia

Jadikan yang kau takut itu sebahagian dari masa lalu.
Barangkali rasa itu juga akan tertinggal di belakang :)

Hoho. Pandai aku bicara!

Jaga

Tak kisah lah apa kuliah, akademik, agama atau apa-apa.
Tatkala bulu mata atas dan bulu mata bawah sudah seperti magnet berlainan kutub, seolah saling menarik, cuma satu baris kata yang bisa buat aku celik semula - Baiklah, sampai disini sahaja....

Milik

Rasa memiliki itu seperti double-edged sword. Harus pintar guna.
Kalau tak, sakit rasanya bilamana Tuhan mahu kau akur pada hakikat segalanya milikNya.

18

"Nak switch account, conventional to islamic."

"Kejap eh. *tanya orang* Tak boleh switch, kena tutup dan buka satu lagi."

"Oh ok ok. Kalau macam tu, nak tutup dan buka satu lagi."

"Kejap, adik 18 tahun ke?"

"Eh tak, 22."

:D




"Pak, kakak tu ingat _____ 18. _____ nampak muda eh. Hehehehe"

*Renyih sakan*

"Dak aih, dia nampak kamu kecik. Tu la."

=.="


Memang dasar perempuan eh suka jika orang sangka dia muda dari usianya? Hehe

Ironi

Satu muka - artis luar negara dibayar dengan harga yang sangat tinggi untuk membuat persembahan di sebuah negeri dan dilihat pasti akan menjadi kebanggaan buat negeri tersebut

Satu lagi muka - kanak-kanak kecil derita buah pinggang rosak dengan kos perbelanjaan hospital yang sangat tinggi mengharapkan bantuan kewangan dari siapa-siapa yang sudi.

Berita


Kalau akhbar punya perasaan,
aku pasti dia teramat malu akan apa yang ia persembahkan.

Politikus

Aku rasa bukan isunya

siapa yang lagi kaya
siapa yang lagi pintar manipulasi
siapa yang lagi sinis
siapa yang lagi hebat hebahkan aib
siapa yang lagi banyak memaki
siapa yang boleh bayar berjuta pada artis luar negara
siapa yang boleh tabur duit merata-rata
siapa yang lebih berpengalaman
siapa yang mampu ke Gaza
siapa yang lebih sederhana
siapa yang entah macam-macam lagi lah

Tak kisah siapa,
asalkan dia tegakkan Islam dalam diri
asalkan dia tegakkan Islam atas bumi.

Tak kisah siapa.

Doa

Dahulu aku doa
moga bisa menikah sama manusia yang aku chenta
moga bisa bahagia sampai syurga

Hidup ajar aku doa
agar bisa dengan penuh hati chenta manusia yang nikahi aku
agar bisa bahagia sampai situ

Aku rasa aku lagi suka yang kedua :)

Pergi

If you love someone, let him/her go.
If he/she loves you, he/she'll come back.

Crap!

Langsung lari dari konsep tawakal.

Seorang

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga tak mahu ku cari
Cinta aku cuma untuk kau seorang

Garis

Antara aku dan kamu ada garis
Satu garis daripada garis-garis Tuhan
Dia larang kita langkah
tapi Dia izin kita padam

syaratnya - padam bersama.

Namun kalau sampai satu ketika
kau sudah tidak suka
kau boleh lukis garis itu kembali
meski aku tak rela.

Hadiah

Why aren't you happy with the present?
Kalau Tuhan mahu, boleh saja Dia tak beri hari ini.

Loceng

Kenangan itu seperti loceng pada rantai tangan.
Selagi aku mampu bergerak, ia berbunyi, lantas mengingatkan.

Sakit

Sakit itu bukan pada berjalan pergi dan kau tak tarik tangan.
Sakit itu pada percaya akan janji kau bahawa kau akan.

Separa jiwa mahu buat pusingan 'u', tapi ada manusia lain tarik tangan aku.

Peria

Kau yang makan peria,
kau lah yang rasa pahitnya.

Padan muka kau, kan?

Tapi pada satu sisi,
peria itu bagus untuk kesihatan.

Atau pahit sudah buat kau buta pada sisi itu?

Lain

Rambut sama hitam, hati lain lain.
Sekarang, rambut pun warna-warni, what do you expect?