Sentuhan

Kulit ke kulit.
Bibir ke bibir.
Mana-mana sahaja lah.

Tak bertanda zahir di tubuh.
Namun dalam jiwa terang berbekas.
Namun dalam ingatan bertapak kukuh.

the friction. the warmth. the love.


Rasanya istimewa.
Yang mampu buat tangan masih mahu saling pegang, meski segalanya.
Yang mampu buat hati membara penuh rindu, meski segalanya.
Yang mampu buat dua insan mahu tetap bersama, meski segalanya.

Wajarlah sentuhan itu tinggi darjatnya, begitu berharga...
...cuma untuk dia yang jujur bilang 'aku terima nikahnya'
...cuma untuk dia yang terima untuk taati kau sampai hujung nyawa

No comments: