Datang

"Kau bagi signal saja, ramai yang akan tiba."

Barangkali ya.

Yang tiba kerana tubuh.
Yang tiba kerana wajah.
Yang tiba kerana manja.
Yang tiba kerana akal.
Yang tiba kerana suka-suka.
Yang tiba kerana mahu cuba.
Yang tiba kerana mesra.
Yang tiba kerana kononnya cinta.
Yang tiba kerana personaliti.
Yang tiba kerana harta.

Entah mana dia,
yang tiba kerana mahu kata "Aku terima nikahnya..."
disusuli nama satu perempuan yang dia terima seadanya.

Yang mahu menjaga kesucian dengan pernikahan.
Yang mahu menjaga pernikahan dengan kesucian.
Bak kata Salim A. Fillah.

Bila Tuhan bilang 'kun' untuk pertemuan aku dan dia, fayakun.

No comments: