Entah

Ada masa, kau jadi tak tahu bagaimana mahu rasa.
Kau takut untuk gembira, kerana segala kebarangkalian sedih.


Aug 15 2013

Aku masak nasi, siang udang, buat tomyam putih, potong oren, susun ulam.
Ayah buat sambal belacan, bandung selasih dan potong buah mempelam dan jambu.
Kakak siang sotong, carikan resepi kemudian sediakan ikan untuk digoreng.
Kakak ipar siang udang, buat kuah masam manis untuk ikan dan kutip ulam.
Abang ipar buat ayam goreng istimewa.
Abang jadi runner, belikan segala bahan yang tak cukup.
Kakak ipar seorang lagi bawa kek, kalau tak silap.
Abang seorang lagi pilih untuk tak buat overtime.
Mak uda tolong goreng ikan.
Mak, semoga tenang di sana.

dan... :)

Alhamdulillah.
Semoga Dia memberkati.

Hasbiyallah

Sufficient for me is You. Sufficient for me is You. Sufficient for me is You.
Mahu aku tulis itu di udara lalu aku hirup. Biar ia tinggal dalam darah.
Pusing dalam tubuh, ke kepala ke kaki, sekali, dua kali, lagi dan lagi.
Biar setiap inci aku meyakini. Sampai mati.

menakutkan

Dunia ini boleh tarik kau macam UFO dalam filem sains fiksyen. Ayuh selamatkan diri. Eh, kenapa kaki aku sendiri terasa berat. Chupp, coca cola sebelum ironi ini buat kau mahu ketawa sinis, tolong dulu aku lari. Sudi?


Dunia ini menakutkan aku.
Dia pancing pendapat hitam dari satu sudut gelap dalam kepala dan rasa hitam dari satu ceruk gelap dalam hati. Dia pancing kalimah yang seperti pohon buruk tak mampu berdiri yang akar tercabut dari bumi. Dia pancing wibawa seorang raja. Dia pancing jujur seorang menteri. Dia pancing tulus bakal pemuda syurga. Dia pancing mahkota bakal bidadari. Dia pancing banyak lagi.
Dunia ini cukup menakutkan aku.
Dia juga pancing cinta. Dan kalau dia dapat ini.
Gampang sahaja semua yang dia mahu timbul untuknya.
Aku ini menakutkan aku.
Bila Tuhan beri cinta, aku mahu simpan dekat.
Sedang tempat asal cinta di luar dunia itu paling selamat.



"Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani,
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." 17:36
kalau sebelum lidah dikunci pun aku tak mampu beri semunasabah alasan.
menakutkan.


(dipulihara dari Selipar Polkadot)

Hati nan luka

Sometimes...
..the heart needs to be broken
to let the dunya out.

Sometimes...
..the heart needs to be torn
to put us on the journey to find the Healer.

kerana sering kita ini...sudah terhantuk baru terngadah.

and if the lacrimation rate exceeds that of the drainage...
...may it overflows to the heart and wash away the impurities.

(restored from Selipar Polkadot)

Bertahan ya

Kepada yang sabar menanti, insha-Allah ada yang istimewa menanti.
Kepada yang sungguh berikhtiar, insha-Allah pasti semuanya terbayar.
Kepada yang terus percaya, insha-Allah yang terbaik pasti untuknya.
Kepada yang tak henti berdoa, insha-Allah yang ingin digapai tercapai jua.

Kerana kepadanya kembali segala urusan.
Kerana sungguh Dia paling arif dalam merencanakan.

The dysfunction

mengapa perlu berjemaah dalam terpisah.
apa kita bukan satu?

maka ada yang terangkan, tujuan setiap jemaah itu sebenarnya sama cuma terpisah dek cara berbeza.
fikrah berbeza kata orang tapi insha-Allah matlamat dikongsi bersama.

kemudian, hairan aku...
mengapa perlu jemaah bertelingkah, adakalanya saling menjatuhkan?
apa bukan salah satu dari 7 golongan yang mendapat naungan tikamana tiada naungan selain naungan Tuhan adalah mereka yang keranaNya saling berkasih sayang?

maka ada yang terangkan, tidak semua begitu. tertakluk pada individu.

kemudian, hairan lagi aku...
mengapa kerana bedanya jemaah, hingga bisa menolak lamaran?
apa bukan menarik saling bertukar pendapat, mengembang idea baru, mungkin.

maka ada yang terangkan, masing-masing pasti mahu aktif dalam jemaah masing-masing, khuatir tak sefahaman lantas saling nusyuz maka penolakan itu satu pengelakan.

raikan perbezaan, kawan. andaikan jemaah berbeda itu seperti beberapa pasukan perang, ada yang berkuda, ada yang berbusur, ada yang berkapal, ada yang terbang. ada pasukan sayap kiri dan sayap kanan. ada yang tempur dihadapan ada yang kepung dari belakang.
apa perlu kita kata yang terbang itu cita-cita terlalu tinggi atau yang berjalan itu terlalu lambat atau yang dihadapan itu berani tak kena tempat? apa tidak bisa kita saling melengkapkan? saling mengingatkan?

hairan.
muhajirin dan ansar juga bersatu.
mengapa tidak kita?

hairan.
apa bukan kita punya sama rujukan?
sunnah dan al-Quran.
apa bukan kita sama menuju Tuhan?

hairan.
apa kita bukan seperti komponen satu tubuh?
cubit paha kiri, sakit juga paha kanan.
mengapa perlu self-destruct?

hairan.
bayangkan saja kalau tangan kiri tak mahu bekerjasama dengan tangan kanan.
bayangkan saja kalau gigi kau suka gigit lidah.

the dysfunction.


"Jika kita tidak bersatu hati, mana mungkin kita berfungsi."
-iklan merdeka TNB-


Memandu

kadang tak pasti bila mahu ke gear 1
kadang tertanya apa perlu ke gear 2 secepat itu
kadang jadi ragu apa benar perlu ke gear 3 atau itu masih perlahan
kadang jadi terfikir apa gear 4 itu paling molek
kadang gear 5 terasa selesa tapi kadang rasanya keterlaluan
kadang jadi tidak tahu bila reverse itu perlu
atau cukup sudahkah reverse sebanyak itu

tak, aku tak bicara soal memandu kenderaan.
ini soal memandu kehidupan.

iman itu GPS penunjuk jalan.
bila signal lemah,memang...
memang jadi terpinga-pinga.
gerak ikut mana kaki bawa,
sambil tercari-cari...
dimana signal kuat,
dimana jalan yang tepat.


jalan yang lurus,
jangan disangka tiada yang sesat.
mereka yang sesat,
jangan disangka tiada yang kembali.

May Allah swt guide us all.

25:58

Uncertainty

Pegang janji aku. Genggam janji Tuhan. Kerana kata-kata aku rapuh.
Serapuh kepastian ketersampaian nafasku kepada detik yang mendatang.

'Kun fayakun' bukan bidang kuasa aku.

Gaza

di sebelah sini dunia
sukar sungguh rasa aku
hujan lebat tanpa payung

di sebelah sana dunia
tabah saudara-saudara aku
hujan peledak tanpa bumbung

(dipulihara dari Selipar Polkadot)

Penambahbaikan

Proses menambahbaik diri seperti perjalanan dari novice ke amateur ke expert dan kemudiannya master. Dalam meniti perubahan itu, garis pemisah antara tingkatan berbeza itu semakin sukar dikenalpasti. Lebih jauh kita pergi, lebih lama masa yang perlu untuk progres. Saat peningkatan dari novice ke amateur itu rasanya teramat singkat dan disitu lah titik dimana efek Dunning-Kruger menghentam. Kita jadi rasa sesingkat itu juga  kita bisa progres dari amateur ke expert walhal hakikatnya ianya mengambil masa serta jatuh bangun yang mungkin luar dari jangkaan minda. 

Saat sampai ke amateur dari novice itu indah. Tapi perjalanan masih jauh. Ujian semakin halus. Kadangkala seperti puddle air kecil atas lantai marmar. Tak terperasan. Sedar-sedar sudah tergelincir terduduk mengaduh kesakitan. 
 
Bangun. Terus jalan :)
Moga Tuhan bimbing.

(dipulihara dari Selipar Polkadot)

Mempotret

kadang kesal
dan masih terkial
melakar potret ad-deen
pada setiap yang ku ucap
pada setiap yang ku perbuat
dengan setiap anggota
yang tidak dan yang terlihat

mengapa potret?
kerana ianya representasi artistik
yang semampu hampir dengan subjek
yang semampu hampir dengan subjek

(dipulihara dari Selipar Polkadot)

Pilihan


 

"Siapa yang salah buat pilihan tu? 
  Manusia....atau takdir?"
-Salina-
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
          Ya Tuhan yang Maha Tetap Hidup. 
Ya Tuhan yang Maha Berdiri Dengan SendiriNya.
Perbaiki untuk aku setiap urusan dan jangan...
jangan pernah serahkan kepada aku semata meski buat sekelip mata.
 

Sepi

"Kesepian memiliki tangan yang lembut seperti sutera, tapi jemari yang sangat kuat. 
Ia menggenggam hati dan menjadikannya sakit dengan duka." 
-Kahlil Gibran-

Jemari kesepian yang kuat itu, aku kira, mampu sahaja sebenarnya manusia tepis. Pasti Tuhan tahu bagaimana lembut tangan kesepian bisa merangkul hati hambaNya lalu menggenggam kuat hingga sakitnya mampu menumpaskan sistem imunisasi iman lalu memberi laluan pada kuat bisik syaitan agar berputus asa pada rahmat Tuhan. Kerana sudah Dia berfirman - Hanya dengan mengingati Aku, hati akan menjadi tenang.

Besar

Besar cinta aku pada kamu.
Besar lagi cinta Dia pada kita.



Just read about the bride-to-be killed in car crash.

Beku

beku tasik itu
beku lagi jiwa ini
sejuk cinta dunia menyucuk
badai ketidaksempurnaan menghancur
dan sang matahari muncul
sang matahari yang tak pernah menipu
lembut menebar hangat cinta hakiki
jiwa beku hancur, lebur
sikit sikit tersejat naik
mencari Sang Pemilik Hati
andai harus turun kembali
izin jiwa jadi air suci
hadirnya menyubur bumi

(restored from Selipar Polkadot)

Jelek


kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku menutup aib
pastilah aku tampak teramatlah jelek.

kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku beri hidayah
pastilah aku cukup tak tentu arah

kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku kurniakan taufik
pastilah aku tak mampu sikit pun buat baik.


kalau ada perkara dalam hidup ini yang boleh aku banggakan
cuma satu - Dia, aku punya Tuhan.

Allah.









dan aku harap aku takkan pernah lupa.
dan aku harap aku takkan pernah.
dan aku harap aku takkan.

Selipar Polkadot

Kadang-kadang, rasa tu boleh hilang macam tu saja.
Dan kau boleh, dengan mudah, berhenti buat sesuatu yang kau buat bertahun lama.



Seribu daya

Kadang-kadang kita cuma mahu seribu dalih.

Adil

Kadang
ujian itu
adalah pada
meyakini Tuhan itu Maha Adil
saat segalanya seolah meyakinkan kau takdirNya itu tidak.

By the will

Some people will care for you by the will of Allah
and they will stop by the will of Allah.
Some other people might start caring for you by the will of Allah
and they might continue caring for you till the end of their lives by the will of Allah.

You will own something by the will of Allah
and you will lost them also by the will of Allah.
You might get something new and better by the will of Allah
and they might be yours forever by the will of Allah.

All for very very very good reasons
which are sometimes too far away out of our boxes.


unending

I'm gonna need forever to deal with my weaknesses.
Why surprised? Is there a point at which someone can be totally flawless?