Zafran Adli


Suatu ketika semester lepas, aku kena buat karangan laporan. Maka aku harus letakkan satu nama sebagai kononnya penerima laporan tersebut yang berjawatan sekian-sekian. Maka satu nama muncul dalam kepala - Zafran Adli. Out of the blue. Maka tugasan laporan yang berikutnya pun aku guna nama yang sama. 

Dalam pada itu, aku jadi tertanya kenapa Zafran Adli? Of all names. Mana aku pernah jumpa nama tu? Tak pernah ada member nama tu pun. Ahli politik mungkin. Barangkali aku pernah jumpa namanya di akhbar. No big deal.

Hari ni baru tahu siapa Zafran Adli. Seseorang yang memang aku tak kenal, yang hantar friend request dekat FB, yang sampai hari ni aku tak approve dan tak bercadang untuk approve melainkan aku kenal di realiti.

Bukan fokus aku pada Zafran Adli. I just got fascinated by what the brain can do
Bagaimana memori yang tinggal separuh memberi tanda tanya, mengundang pelbagai andaian dan bagaimana hakikat itu adakala rupanya adalah sesuatu yang tak pernah kita andaikan. Kalau aku tak check friend requests, mungkin Zafran Adli akan kekal dalam kepala aku sebagai some politician maybe.


No comments: