Kelmarin dalam sunyi gelap malam, diterang cahaya lampu jalan, aku jalan ke kereta. Niat mahu balik awal selepas mesyuarat tapi sangkut juga berbual panjang sama kawan jadi balik lebih kurang 12.30 malam. Dari tangga jejantas, kelihatan seperti ada sesuatu yang menutup plat hadapan kereta aku. Sampah barangkali, ditiup angin...dan..terlekat? Entah bila ada angin kuat. Beberapa tapak jauh dari kereta, akhirnya terungkai misteri. Ada sepasang mata disitu, tepat pandang aku. Sepasang mata yang tercetak atas kertas. Yang menutup plat kereta aku itu sebuah poster teater, projek tahun akhir pelajar pusat pengajian seni yang mengambil bahagian lakonan dan pengarahan, yang baru habis ditayangkan hujung minggu lepas.
Motif lekat pada kereta aku?
Apa orang itu sudah boleh jangka aku mahu balik lewat malam maka cantiklah perancangan bikin aku terkejut dengan gambar poster teater yang kelihatan seram?
=.="
Benarlah, hidup ini penuh dengan kejutan.
No comments:
Post a Comment