Kalau bukan kerana Tuhan,barangkali aku tidak kisah jadi pelacur kreativiti.
Barangkali aku akan bangga
mampu sentuh mesra mana-mana jejaka,
asal mampu menjiwai karakter agar berjaya jalan cerita.
Barangkali aku akan bangga
fleksibel pada apa yang akan membalut tubuh
asal mampu tampil padan dengan watak yang dibawa.
Lepas tu, entah bagaimana mahu jawablah kan
kalau Tuhan tanya "Atas dasar apa kau ingkar hukum aku?"
Atas dasar tuntutan seni yang dipelopori manusia?
Seni tak bisa selari dengan hukum Tuhan, meh?
Mana mungkin seni menjadi jelek dengan celupan yang Maha Indah.
May Allah guide us all.
No comments:
Post a Comment