Sembah

"Which household chores do you prefer to help me with regularly? I know definitely not folding clothes so perhaps something else."

"Apa ni. Buat suami macam hamba."

Berbekalkan hadis

"Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib]

bagi dia
isteri ini serendah itu darjatnya
maka harusnya isteri turut sahaja
apa suami beri, terima
apa suami mahu, lakukan
apa yang isteri tidak mampu, suami kiranya sudah berkorban untuk menerima
apa suami tidak bantu, bukan untuk dipertikainya
kerana suami ini setinggi itu darjatnya
isteri hanya perlu sami'na wa ata'na

"That sounds like what..halal slavery?"

Dan dia tak dapat menjawab. 

Entah kenapa hadis yang ini

"Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.

Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053"

seolah tak ada nilai baginya.

Mungkin memang seberat itu tanggungan isteri.
Mungkin salah sendiri bila fikir mampu pegang gelaran ini. 

No comments: