Saf

Aku kira ramai juga yang mengalami perkara yang sama. Tika solat bersama makcik-makcik di masjid mahupun surau, lebih biasa dari tidak, masing-masing mahu meninggal jarak yang cukup barangkali agar kita tak merasa panas atau kita terduduk atas kaki orang masa tahiyat akhir atau orang terduduk atas kaki kita atau kita terpijak/terduduk atas telekung orang atau orang terpijak.terduduk atas telekung kita. Kadang-kadang nak tegur, segan, maka aku jadi terfikir kalau saja aku seperti ikan buntal. Taknak rapat? Takpe. Popp! Jadi gemuk. Ha, tiada jarak lagi :P

No comments: