Biasanya bangun tidur, ada teman di sebelah.
Bila bangun seorang, terasa jugak lah...
Biasanya cedokkan nasi, minima untuk dua.
Bila cuma perlu cedok untuk sendiri, terasa jugak lah...
Biasanya masuk bilik, ada roommate.
Bila duduk seorang, terasa jugak lah...
Biasanya ada orang mengusik.
Bila tiada, terasa jugak lah...
Biasanya keluar, ada teman setia.
Bila keluar seorang, terasa jugak lah...
Biasanya tidur, ada yang baring di bantal sebelah.
Bila berseorang dalam gelap, terasa jugak lah...
sepinya.
A big heart
Untuk punya jiwa yang besar itu bukan percuma,
harus tahan saat diregang.
Ya, pedih mana pun.
Ya, perit mana pun.
Tahan.
harus tahan saat diregang.
Ya, pedih mana pun.
Ya, perit mana pun.
Tahan.
Poligami
"Kenapa laki-laki di agamamu itu dibolehkan melakukan poligami?"
"Setahu aku poligami itu boleh..."
"See!"
"..kalau mampu. Aku nggak mampu.. kerana tidak semua orang mampu melakukan poligami.."
"Jangan bilang karena cinta, karena aku yakin, semua laki-laki yang punya banyak isteri bisa mencintai semua perempuan-perempuan itu.."
"Nggak. Beda. Cinta itu tanggungjawab. Seperti kamu kuliah di dua tempat, kamu harus nyelesain keduanya.."
"Satu aja udah pusing..."
"That's the point, you get it now. Satu aja pusing.."
"Maybe that's why im not married yet huh?"
"Oh, itu beda lagi. Karena kamu tidak mau bertanggungjawab."
*ketawa besar*
-99 Cahaya di Langit Eropa-

Hamas
Di hospital. Di pantai.
Hamas, kata Israel, menyorok dalam kalangan orang ramai.
Maka sepertinya, mereka itu...
menyorok dalam hospital El-Wafa.
menyorok dalam hospital Al-Aqsa.
menyorok di pantai, tempat anak-anak main bola.
menyorok di halaman rumah Muhammad Hamad yang sudah 75 tahun usianya.
menyorok dalam kalangan penduduk kuarters kediaman Shujaya.
menyorok di kawasan perumahan Zaytoun dan Toffah.
menyorok di Khan Younis dan Rafah.
menyorok dalam rumah keluarga Qassan.
menyorok dalam rumah Othman Hussein, seorang pemuisi cuma.
menyorok dalam kampung Khuzaa.
menyorok dalam beratus rumah yang sudah tiada rupa.
menyorok dalam 23 tempat rawat dan 84 sekolah.
menyorok dalam kafe, tempat orang berkumpul menonton Piala Dunia.
menyorok dalam ambulans yang cuba mendapatkan insan-insan yang teraniaya.
menyorok dalam 24 jasad yang terkubur dalam sisa runtuhan, tak lagi bernyawa.
menyorok dalam seorang wanita muda memakai selipar merah jambu, tergelimpang di jalanan.
menyorok dalam 2 saudara lelaki, lapan tahun dan empat tahun, terbaring di unit rawatan intensif di al-Shifa.
menyorok dalam anak kecil, yang bahagian-bahagian tubuhnya dibawa ayah dalam beg plastik biasa.
menyorok dalam tubuh-tubuh yang tiba dalam huru-hara di hospital-hospital di Gaza.
menyorok dalam tubuh seorang perempuan tua, terbujur kaku, berlumuran darah, atas lantai batu.
Hamas, kata mereka, sinis dan penakut.
Cubaan kecil menterjemah.
Sumber: http://www.theguardian.com/commentisfree/2014/jul/21/hospital-hamas-isreal-hiding-among-civilians

11
ada sepupu kongsi di mukabuku -
soalan bocor hari raya: bila nak kahwin?
aku rasa...
bila pakcik/makcik bagi duit raya 20k instead of 2 ringgit.
melihatkan kos sara hidup sekarang, mau cun lagi, 50k instead of 5 ringgit.
soalan bocor hari raya: bila nak kahwin?
aku rasa...
bila pakcik/makcik bagi duit raya 20k instead of 2 ringgit.
melihatkan kos sara hidup sekarang, mau cun lagi, 50k instead of 5 ringgit.
Memilih
Dengan dunia yang semakin maju
dan masyarakat yang semakin berilmu,
perikemanusiaan sudah semakin mengenal warganegara, bangsa dan agama.
dan masyarakat yang semakin berilmu,
perikemanusiaan sudah semakin mengenal warganegara, bangsa dan agama.
Barisan kita
Kalau dalam saf solat sahaja, kita sukar memenuh saf hadapan, habis masa saling mempersila, bagaimana kalau perlu beratur dalam saf jihad, menghadap musuh, mengangkat senjata? T_T
Tidak menulis kerana merasa aku tak dan takkan buat.
Mungkin esok lusa aku juga sama tapi moga Tuhan tak izinkan.
Tidak menulis kerana merasa aku tak dan takkan buat.
Mungkin esok lusa aku juga sama tapi moga Tuhan tak izinkan.
Hayya
Kalau dalam menyahut seruan hayya ala al-falah dan hayya ala al-solah pun kita liat.
Bagaimana kalau diseru hayya ala al-jihad? T_T
Bagaimana kalau diseru hayya ala al-jihad? T_T
The bystander
Bukan perlu caci maki
Tapi perlu Islam ditegakkan kembali
Dan hal itu, Tuhan sudah janji
Tinggal kita ini
Pejuang atau pemerhati? T_T
Tapi perlu Islam ditegakkan kembali
Dan hal itu, Tuhan sudah janji
Tinggal kita ini
Pejuang atau pemerhati? T_T
Pray for
Gruesome. The bodies of the victims of the Israelis. The bodies of insha-Allah martyrs.
Here
people die of poverty due to corruption
people die doing corruption
people die oppressing others
people die due to oppression
people die of gluttony
people die chasing money
people die from illegal race accidents
people die doing complete nonsense
and the list goes on
husbands kill wives
wives kill husbands
parents kill children
children kill parents
people kill each other
directly or indirectly
while they could've been jundullah.
Gruesome. Gruesome.
Here
people die of poverty due to corruption
people die doing corruption
people die oppressing others
people die due to oppression
people die of gluttony
people die chasing money
people die from illegal race accidents
people die doing complete nonsense
and the list goes on
husbands kill wives
wives kill husbands
parents kill children
children kill parents
people kill each other
directly or indirectly
while they could've been jundullah.
Gruesome. Gruesome.
The war victims aren't the only ones who need prayers :(
Adagio
"That guy just now...."
"Kenapa?"
"Looks...like....(someone)..."
"(someone)?"
"Or maybe pelanduk..."
"Hah, pelanduk?" *ketawa besar*
"...dua serupa."
"Kenapa?"
"Looks...like....(someone)..."
"(someone)?"
"Or maybe pelanduk..."
"Hah, pelanduk?" *ketawa besar*
"...dua serupa."
It's all about tempo.
Saf
Aku kira ramai juga yang mengalami perkara yang sama. Tika solat bersama makcik-makcik di masjid mahupun surau, lebih biasa dari tidak, masing-masing mahu meninggal jarak yang cukup barangkali agar kita tak merasa panas atau kita terduduk atas kaki orang masa tahiyat akhir atau orang terduduk atas kaki kita atau kita terpijak/terduduk atas telekung orang atau orang terpijak.terduduk atas telekung kita. Kadang-kadang nak tegur, segan, maka aku jadi terfikir kalau saja aku seperti ikan buntal. Taknak rapat? Takpe. Popp! Jadi gemuk. Ha, tiada jarak lagi :P
29
Dan kalau kau tak kisah
Nanti sudilah
ceritakan
Segala kau punya harapan
Segala yang kau takutkan
Segala yang kau percaya
Ingin sekali aku
ditarik tangan kau
ke bicara yang dalam-dalam
Hanya kau yang bisa
Nanti sudilah
ceritakan
Segala kau punya harapan
Segala yang kau takutkan
Segala yang kau percaya
Ingin sekali aku
ditarik tangan kau
ke bicara yang dalam-dalam
Hanya kau yang bisa
Rapat
Aku kira ia lahir daripada sebuah keselesaan. Bukan status.
Saat dia mendekat,
kau menempelak dia kerana menurut kau dia tak serapat statusnya.
Bagaimana dia menghampir,
bila jambatan keselesaan yang mungkin baru suku terbina, kau robohkan?
Saat dia mendekat,
kau menempelak dia kerana menurut kau dia tak serapat statusnya.
Bagaimana dia menghampir,
bila jambatan keselesaan yang mungkin baru suku terbina, kau robohkan?
Frozen
Anak abang aku yang sulung pandai melukis dan mewarna.
Untuk aktiviti kelas seni, dia buat lukisan Elsa dan Anna.
Anak abang aku yang kedua kata Elsa tu Kak Long, Anna tu Kak Ngah.
Maka aku cuba try test perhubungan sel-sel otak anak abang aku yang kedua tu dengan soalan,
"Habis tu Mak Su apa?"

"Olaf."
Melepas
Dunia tak bisa berhenti
untuk tunggu kau buat keputusan.
Many things are now or never.
Many times we simply do nothing but wait and persevere.
untuk tunggu kau buat keputusan.
Many things are now or never.
Many times we simply do nothing but wait and persevere.
Jatuh
"Kadang tak salah pun mundur satu langkah,
asalkan detik seterusnya maju dua langkah."
- perempuan bersalut tepung dan telur pada ulangtahun kelahiran ke-19 -
Dengan izin Allah,
kamu buat aku menangis kerana rindu,
sambil tersenyum mengenang kamu.

Tinggalnya pilih
Kalau kita cari yang jelek-jelek tentang apapun itu,
kita pasti jumpa.
Kalau kita cari yang baik-baik tentang apapun itu,
kita pasti jumpa.
Tinggalnya, apa yang kita mau cari.
Tinggalnya, apa yang kita mau fokus.
kita pasti jumpa.
Kalau kita cari yang baik-baik tentang apapun itu,
kita pasti jumpa.
Tinggalnya, apa yang kita mau cari.
Tinggalnya, apa yang kita mau fokus.
English Vinglish
"When you don't feel good about yourself, you tend to not feel good with everything associated with you. You tend to like something new."
-Sashi-
-Sashi-
Permata
yang di rak premis itu sudah pasti indahnya
cuma setiapnya ada harga
Kadang
permata yang kita punya tiadalah tercela
cuma perlu sedikit digilap agar bersinar semula
Baru itu tak sentiasa perlu.
62
Apa kulit kamu seperang aku?
Apa rambut kamu alunnya ketepi?
Apa ada yang mengambil seperca hati kamu?
Aku sedang pelajari...
...kamu.
Apa rambut kamu alunnya ketepi?
Apa ada yang mengambil seperca hati kamu?
Aku sedang pelajari...
...kamu.
Babi
Sebusuk-busuk babi
dia patuh perintah Tuhan
Sekotor-kotor babi
dia konfem-konfem dah bukan ahli neraka
Seharam-haram babi
bukan ke kita juga yang associate dia dengan makna-makna buruk pastu buat dia jadi curse word
Kalau kau rasa babi tu teruk sangat,
cuba baca ayat 22 surah al-Anfal.
Tuhan haramkan saja babi tu. Tuhan tak kutuk pun.
Tak rasa kita je yang kecoh lebih?

Peperiksaan
Kumpulan kertas-kertas tersusunan antara rapi dan tidak. Setiap helainya menanggung beratnya titik-titik dakwat yang sudahpun kering. Titik-titik yang membentuk abjad yang hampir dan jauh yang akhirnya membentuk suku kata, perkataan dan seterusnya sebuah ayat lengkap yang menanti untuk menjadi santapan mata-mata manusia. Dalam kesuntukan masa dan kekayaan kata yang setiap helai kertas itu miliki, imaginasi membawa aku kepada sebuah pengharapan kecil yang tidak serius. Pengharapan bahawa sebahagian gabungan abjad bisa terkumpul menjadi semangkuk laksa dan semua noktah menyatu menjadi kuahnya. Sebahagian lagi pula, setiap huruf n yang ada menjadi nasi dan yang lain menjadi lauknya yang pelbagai. Sejumlah lain pula bergabung menjadi segelas besar air bandung. Nombor-nombor muka surat yang tersisa pula menjadi cincau lembut yang lemas dalam merah jambunya bandung tadi. Dan aku, aku hanya perlu menikmati setiapnya agar esoknya bisa menjawab soalan dengan penuh jaya.
Teruji
dalam diuji
ada masa
kita kata/rasa
"aku lebih sanggup kalau..."
kerana kita lebih sanggup yang itulah
kita diuji dengan yang ini
barulah teruji
ada masa
kita kata/rasa
"aku lebih sanggup kalau..."
kerana kita lebih sanggup yang itulah
kita diuji dengan yang ini
barulah teruji
anestetik setempat
Demi kemaslahatan
Demi tali-tali yang kau tak nak tegangkan
Demi tangan-tangan yang kau tak nak lepaskan
Demi hati-hati yang kau tak nak jarakkan
Demi kasih yang tak terbandingkan
ada perasaan yang perlu kau kebaskan.
Anestetik setempatnya bersifat endogenous. Tak bisa dicapai dari mana-mana rak farmasi. Tak bisa diformulasi walau hebat mana pun manusia mampu bikin inovasi. Yang ini, kau kena trigger sendiri. Dan lenggok tutur kata dan tatacara kau saat kau kawal anestetik itu, aku kira, sebuah seni komunikasi.

Lagak
Bila nasi tinggal sikit dalam periuk
lelaki tu lah yang akan buat lagak konon dah makan
siap cadangkan orang lain habiskan saja apa yang ada -
Ayah.
Ingat gua taktau trick.
Tapi kasih beliau lagi besar kot...
...sebab aku ajak kongsi separuh-separuh.
=.="

Making laksa
"Aa patut la rasa lain. Kena beli Ayam Brand. Yang ni Adabi, rasa dia lain."
"Yang ni sedap lagi?"
"Ayam Brand sedap lagi kot.."
"Tapi yang ni ada omega-3.", says Ayah.
"Yang ni sedap lagi?"
"Ayam Brand sedap lagi kot.."
"Tapi yang ni ada omega-3.", says Ayah.
Ouch
Tabah mana pun kau
ada masa kau terjelepok juga
dan rasa denied of so many things.
Dalam kes aku,
takdir bawa pandangan aku pada ayat 55 dari surah Bintang.
ada masa kau terjelepok juga
dan rasa denied of so many things.
Dalam kes aku,
takdir bawa pandangan aku pada ayat 55 dari surah Bintang.
Untying
Came across someone's Whatsapp status -
"Never put hopes on others
because in the end,
it will hurt myself"
and before that, came across a quote someone posted on FB
"You see a person's true colors
when you are no longer beneficial to their life."

The sad truth.
I guess 'No Strings Attached'
is something to live by
is something to live by
not just an N'Sync's album or
a movie Natalie Portman and Ashton Kutcher were starring.
a movie Natalie Portman and Ashton Kutcher were starring.
fisiologi
kalau satu hari kau jadi gemuk,
aku rasa aku akan lari
dan ajak kau lari sekali
kerana aku ada belajar fisiologi
kulit tak selamanya tegang
mata tak selamanya terang
sendi tak selamanya lembut
otot tak selamanya mudah lentur
abdomen tak selamanya rata
tubuh tak selamanya gagah
rambut tak selamanya lebat
bertutur tak selamanya hebat
fana
tapi iman
usia tak bisa mamah
malah kita bisa saling meneguhkan
hubb lillah
tiga suku kata
senang gila sebut
payah gila buat
tapi siapapun, kalau boleh
mesti mahu cinta melangkau fana
aku rasa aku akan lari
dan ajak kau lari sekali
kerana aku ada belajar fisiologi
kulit tak selamanya tegang
mata tak selamanya terang
sendi tak selamanya lembut
otot tak selamanya mudah lentur
abdomen tak selamanya rata
tubuh tak selamanya gagah
rambut tak selamanya lebat
bertutur tak selamanya hebat
fana
tapi iman
usia tak bisa mamah
malah kita bisa saling meneguhkan
hubb lillah
tiga suku kata
senang gila sebut
payah gila buat
tapi siapapun, kalau boleh
mesti mahu cinta melangkau fana
Atuk & Cats II
"Dia tidur jaa belakang sofa dari pagi sampai petang. Semalam pun macam tu."
"Dia mabuk la tu..."
"Dia mabuk la tu..."
130
Apa warna yang paling kamu suka itu biru?
Apa dalam tiap bicara kamu pasti jujur?
Apa kamu percaya akan angkasa?
Aku sedang pelajari...
...kamu
Apa dalam tiap bicara kamu pasti jujur?
Apa kamu percaya akan angkasa?
Aku sedang pelajari...
...kamu
Alasan
"Tak bersedia" most of the time is just another way of saying "tak nak" or "tak nak bersedia pun".
And most of the time, people would just buy it with "Tak apa, saya faham." or "Tak apa, saya faham. Saya tunggu." - which is it would depend very much on depth of understanding, hope and determination.
137
Macam murabbi saya, makin nak kawin... makin dia jadi warak hingga nak
ajak lepak kedai makan pun dia kata. "Ana perlu banyak bermuhasabah."
dipetik dari tulisan Iqbal Syarie di Bayyinat.
dipetik dari tulisan Iqbal Syarie di Bayyinat.
Peka
Saat tidak mampu menulis
rasa seolah tiada apa untuk dicerita
aku jadi tertanya
apa hari aku benar kosong
atau
aku yang hilang peka.
rasa seolah tiada apa untuk dicerita
aku jadi tertanya
apa hari aku benar kosong
atau
aku yang hilang peka.
Persediaan
Some kain for a special event's outfits are in my room.
Perhaps I should keep an imaginary kain kafan too.
Little did I know, I might need the latter first.
Perhaps I should keep an imaginary kain kafan too.
Little did I know, I might need the latter first.
Kereta manual
Siapa kata
kalau pasangan pandu kereta manual
tak boleh berpegangan tangan
Boleh saja
kalau pasangan pandu kereta manual
tak boleh berpegangan tangan
Boleh saja
Cuma kadang-kadang kena lepaskan
Nak tukar gear
Sempatlah nak rindu kejap
Barangkali lepas tu genggam lebih erat :)
Sweet betrayal
Hakikat yang kau nak cakap tu pedih.
Bila kau pilih untuk tak cakap, lagi pedih.
Saat terbongkar tapi bukan dari mulut kau, pedih gila.
Bila kau pilih untuk tak cakap, lagi pedih.
Saat terbongkar tapi bukan dari mulut kau, pedih gila.
Heartbreaking honesty boleh tahan lagi kot...?
Meski kita confirm mintak simpang dari dua-dua kalau boleh.
Perampas
Apa kukuh,
bila mahligai bahagia yang kau bina itu
atas air mata dia yang kau luka.
Cinta,
dalam keadaan paling suci,
tak kejam.
Lebih biasa dari tidak, cinta insani,
seperti sebatian kimia dalam alam,
contaminated.
Kadar dan contaminants saja berbeda.
bila mahligai bahagia yang kau bina itu
atas air mata dia yang kau luka.
Cinta,
dalam keadaan paling suci,
tak kejam.
Lebih biasa dari tidak, cinta insani,
seperti sebatian kimia dalam alam,
contaminated.
Kadar dan contaminants saja berbeda.
Perampas tak macam penculik.
Lebih biasa dari tidak, yang dirampas itu rela.
Malam
Gelita merangkak menyelubung hari
Menghembus nyawa pada yang terlarang
Dan lorong-lorong itu penuh lembut mendepa tangan
Menyambut mesra mana-mana insan
Jalan ini buat jiwa yang hilang
Pada mana senyum tak menyapa mata
Cuma topeng yang sorokkan dusta
Nama sekadar nama
Meriah
Namun hanya selimut
buat sunyi nan pekat, kelat
Kelmarin di lorong ini
Dalam mawar-mawar nan ronyok
Jiwanya lemas dalam euforia sementara
Saat mata terbuka, jasad dahaga, jiwa remuk dalam duka
Berkelana
Tiapnya mengejar cita yang sama
Tanpa tahu betapa sianya
Jalan ini buat jiwa yang hilang
Pada mana senyum tak menyapa mata
Cuma topeng yang sorokkan dusta
Nama sekadar nama
Meriah
Namun hanya selimut
buat sunyi nan pekat, kelat
Antara cahaya, antara bayang
Wujud rahsia hitam
Mengapa disitu?
Khabarkan aku wahai malam nan gelita
Khabarkan aku wahai malam yang menyaksi segala
terinspirasikan dari Muskaanein Jhooti Hai.

Peluk
Ada masa
kita cuma mahu memeluk
dan dipeluk
tanpa soal
tanpa bicara
kadang-kadang dengan sedu sedan
kadang-kadang dengan cuma air jernih berlinangan
dan kita cuma mahu dipeluk
dan memeluk
untung-untung
dalam kedekatan yang sebegitu rupa
manusia yang sudi memeluk dan dipeluk itu dapat rasa
semua kata yang tak terucapkan, yang meronta mahu keluar dari dada

Transformasi
Saat aku cuba perosok taufan rasa ke lubuk hati
memang ia masuk meski dengan penuh berontak
hingga kapasiti dada terasa terlalu kecil
dan taufan itu terus keluar
dalam bentuk air jernih
melalui duktus yang memang tercipta untuknya.
Seperti tenaga yang takkan hilang, cuma berubah rupa.

Lebih aman begitu, barangkali.
Janji
"Aku tidak bisa janji...aku tidak bisa janji akan menjadi isteri yang baik tapi aku janji akan selalu mendampingi kamu."
-Ainun, Habibie & Ainun-
-Ainun, Habibie & Ainun-
The Mask
Sering
daya empati kita tak tercapai
bagaimana dia dalam sepi menghenti tangis
sebelum keluar dan senyum pada dunia
seolah itu harinya yang paling bahagia
sebelum keluar dan senyum pada dunia
yang menyimpan pelbagai tuntutan atasnya

Uncertainty
Ketidakpastian itu agak menakutkan.
Namun begitu, tanpanya, barangkali...kita tak bersederhana.
Namun begitu, tanpanya, barangkali...kita tak bersederhana.
The Unseen
"Would you let me see beneath your beautiful?
Would you let me see beneath your perfect?
Take it off now, girl, take it off now, girl
I wanna see inside"
"Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide"
Would you let me see beneath your perfect?
Take it off now, girl, take it off now, girl
I wanna see inside"
"Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide"
Ada gelita yang tak semua sanggup cerita.
Tersembunyi
Dan semua rasa cinta aku cuba isi baik-baik di antara garis.
Adakala tak muat, maka aku tak isi. Adakala sedikit terlimpah, maaf.
Sukar juga rupanya.
Tapi aku kira itu selayaknya...
...sampailah masanya jika Dia izin tiba.
Adakala tak muat, maka aku tak isi. Adakala sedikit terlimpah, maaf.
Sukar juga rupanya.
Tapi aku kira itu selayaknya...
...sampailah masanya jika Dia izin tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)