Peluk

Ada masa
kita cuma mahu memeluk
dan dipeluk
tanpa soal
tanpa bicara
kadang-kadang dengan sedu sedan
kadang-kadang dengan cuma air jernih berlinangan
dan kita cuma mahu dipeluk
dan memeluk

untung-untung
dalam kedekatan yang sebegitu rupa
manusia yang sudi memeluk dan dipeluk itu dapat rasa
semua kata yang tak terucapkan, yang meronta mahu keluar dari dada

No comments: