A big heart

Untuk punya jiwa yang besar itu bukan percuma,
harus tahan saat diregang.

Ya, pedih mana pun.

Ya, perit mana pun.

Tahan.


Poligami

"Kenapa laki-laki di agamamu itu dibolehkan melakukan poligami?"

"Setahu aku poligami itu boleh..."

"See!"

"..kalau mampu. Aku nggak mampu.. kerana tidak semua orang mampu melakukan poligami.."

"Jangan bilang karena cinta, karena aku yakin, semua laki-laki yang punya banyak isteri bisa mencintai semua perempuan-perempuan itu.."

"Nggak. Beda. Cinta itu tanggungjawab. Seperti kamu kuliah di dua tempat, kamu harus nyelesain keduanya.."

"Satu aja udah pusing..."

"That's the point, you get it now. Satu aja pusing.."

"Maybe that's why im not married yet huh?"

"Oh, itu beda lagi. Karena kamu tidak mau bertanggungjawab."

*ketawa besar*

-99 Cahaya di Langit Eropa-

Hamas

Di hospital. Di pantai.
Hamas, kata Israel, menyorok dalam kalangan orang ramai.
Maka sepertinya, mereka itu...
menyorok dalam hospital El-Wafa.
menyorok dalam hospital Al-Aqsa.
menyorok di pantai, tempat anak-anak main bola.
menyorok di halaman rumah Muhammad Hamad yang sudah 75 tahun usianya.
menyorok dalam kalangan penduduk kuarters kediaman Shujaya.
menyorok di kawasan perumahan Zaytoun dan Toffah.
menyorok di Khan Younis dan Rafah.
menyorok dalam rumah keluarga Qassan.
menyorok dalam rumah Othman Hussein, seorang pemuisi cuma.
menyorok dalam kampung Khuzaa.
menyorok dalam beratus rumah yang sudah tiada rupa.
menyorok dalam 23 tempat rawat dan 84 sekolah.
menyorok dalam kafe, tempat orang berkumpul menonton Piala Dunia.
menyorok dalam ambulans yang cuba mendapatkan insan-insan yang teraniaya.
menyorok dalam 24 jasad yang terkubur dalam sisa runtuhan, tak lagi bernyawa.
menyorok dalam seorang wanita muda memakai selipar merah jambu, tergelimpang di jalanan.
menyorok dalam 2 saudara lelaki, lapan tahun dan empat tahun, terbaring di unit rawatan intensif di al-Shifa.
menyorok dalam anak kecil, yang bahagian-bahagian tubuhnya dibawa ayah dalam beg plastik biasa.
menyorok dalam tubuh-tubuh yang tiba dalam huru-hara di hospital-hospital di Gaza.
menyorok dalam tubuh seorang perempuan tua, terbujur kaku, berlumuran darah, atas lantai batu.
Hamas, kata mereka, sinis dan penakut.

Cubaan kecil menterjemah.
Sumber: http://www.theguardian.com/commentisfree/2014/jul/21/hospital-hamas-isreal-hiding-among-civilians

11

ada sepupu kongsi di mukabuku -
soalan bocor hari raya: bila nak kahwin?

aku rasa...
bila pakcik/makcik bagi duit raya 20k instead of 2 ringgit.
melihatkan kos sara hidup sekarang, mau cun lagi, 50k instead of 5 ringgit.

Memilih

Dengan dunia yang semakin maju
dan masyarakat yang semakin berilmu,
perikemanusiaan sudah semakin mengenal warganegara, bangsa dan agama.

Barisan kita

Kalau dalam saf solat sahaja, kita sukar memenuh saf hadapan, habis masa saling mempersila, bagaimana kalau perlu beratur dalam saf jihad, menghadap musuh, mengangkat senjata? T_T

Tidak menulis kerana merasa aku tak dan takkan buat.
Mungkin esok lusa aku juga sama tapi moga Tuhan tak izinkan.


Hayya

Kalau dalam menyahut seruan hayya ala al-falah dan hayya ala al-solah pun kita liat.
Bagaimana kalau diseru hayya ala al-jihad? T_T