Tunggu sekejap

 


Tunggu sekejap
agar dapat matikan flight/fight response

Tunggu sekejap
agar dapat bantutkan amygdala hijack

Tunggu...

sekejap....

agar dapat peluk amarah itu...

agar dapat peluk anak itu..




Sembah

"Which household chores do you prefer to help me with regularly? I know definitely not folding clothes so perhaps something else."

"Apa ni. Buat suami macam hamba."

Berbekalkan hadis

"Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib]

bagi dia
isteri ini serendah itu darjatnya
maka harusnya isteri turut sahaja
apa suami beri, terima
apa suami mahu, lakukan
apa yang isteri tidak mampu, suami kiranya sudah berkorban untuk menerima
apa suami tidak bantu, bukan untuk dipertikainya
kerana suami ini setinggi itu darjatnya
isteri hanya perlu sami'na wa ata'na

"That sounds like what..halal slavery?"

Dan dia tak dapat menjawab. 

Entah kenapa hadis yang ini

"Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.

Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053"

seolah tak ada nilai baginya.

Mungkin memang seberat itu tanggungan isteri.
Mungkin salah sendiri bila fikir mampu pegang gelaran ini. 

#roadtoge14

Masa sekolah menengah, bila tulis karangan berbentuk cadangan sama ada BM/English, selalu akan guna cadangan-cadangan biasa dan mudah macam berkempen etc lepastu penguat hujah atau harapan yang disertakan dengan cadangan tu kemain bulan bintang, agar sistem bla bla bla lebih teratur, agar negara lebih maju, supaya generasi kemudian lebih cemerlang whatsoever. Habis pompang-pompang dalam karangan, siap, yay.

Bila masuk pre-u course, semua tu dah kurang relevan, thanks to one of my ESL (English as Second Language) lecturer.  Bila tulis academic writing, beliau sangat menitikberatkan cadangan yang directly address the issues dan goals yang lebih hampir dengan issue instead of  goals yang terlalu sempurna/tinggi walaupun probably achievable in the long term dan walaupun goals itu lah yang kita nak. Pokoknya, biar suggestions dan goals yang kita set itu realistik, biar ianya sesuatu yang kita boleh execute/capai/buktikan.

And I think semua ilmu tu berguna bukan sahaja bila nak karang penulisan akademik tapi juga bila hendak mengundi. Nilailah.

#roadtoge14

“Sempat lagi berkempen.”, aku fikir
bila pesakit di kaunter pesan “Jangan lupa undi ***”.
Aku senyum. Dia rupanya, tak berhenti di situ.
Katanya lagi (paraphrased ya), undi tu bukan sebab siapa lebih baik dari siapa. Masing-masing pun ada kes masing-masing tapi kita menuntut perubahan supaya ada persaingan dalam membela nasib rakyat, agar Malaysia lebih maju, agar yang memegang mandat tak selesa disitu hingga berani menipu. Sudah berpuluh tahun parti yang sedia ada memegang kerajaan, terlalu lama. Bukanlah semua tentangnya buruk, malah subsidi dalam sektor kesihatan/perubatan kita antara yang terbaik, bayar RM1, macam-macam dah dapat. Tapi kita mesti ubah, agar antara parti saling mengaudit, jadi masing-masing tak berani buat angkara.

True much.

NSAID won’t do

When you take NSAID 
and it doesn’t seem to work so well
then you realize it’s not an inflamed whatever
.. it’s an inflamed soul. 

The pain rippled.

Pakatan Rakyat

Muafakat membawa berkat, bukan?

Empati

Yang pernah mengalami
boleh jadi yang paling mengerti
juga boleh jadi yang paling menyakiti.

Because tough times...
they make you either bitter or better.
And that, is up to you.

Household chores

Dengan usia perkahwinan yang menginjak ke tahun keempat, 
aku rasa dapat aku simpulkan antara pengikat kasih adalah bila belahan jiwa katakan...
“Khabarkan saja pada aku hal-hal yang kau perlu aku bantukan. 
Lebih mudah dan cepat bila kita lakukan bersama, bukan?”.

Because it takes a husband and a wife to create a marriage,
and it takes both too to maintain one :)

Of goodbye

And the scars you keep on adding become stars

they lit my way out of us


Banduan memori

Kata seorang pemuisi,
Mungkin, antara cara terbaik untuk melepaskan memori, adalah dengan menulis puisi.

Namun sejauh yang banduan memori ini mampu pergi
adalah menjadikan memori itu pula banduan dalam rangkap-rangkap puisi.

Sedikit lebih baik
meski
sesekali terdengar jua ada yang meruntun jiwa meminta diingat.

Parut

Parut yang terlupakan
sesekali terselak nampak
pedihnya seolah baru semalam

Tak tertanggungkan

dadaku sebak
nafasku sesak

Tak sungai menyongsang arus
tuk kembalikan selendang sang dayang
Tak bumi mengundur putar
tuk sang pungguk yang kesiangan

Jauh terjatuh-jatuh aku mengundur langkah
sekalipun
tak terkembalikan...
tak terelakkan tikaman...
kau.

Tengkar

If everything will forever be worth the fight
it will end when we end

I could get tired too...you know..

Lambang kebesaran


Mengapa singgahsana megah yang dipertonton sini sana
bukan jasa melimpah hingga diperkata di atas sana.

Rajuk

Titis-titis air mata yang kau sengaja tak hapuskan itu
membeku
pada dinding hati
dek dingin jiwa yang sengaja kau biar sepi

dan kau bertanya
mengapa cinta tak sehangat dulu

Terasa

Biasanya bangun tidur, ada teman di sebelah.
Bila bangun seorang, terasa jugak lah...

Biasanya cedokkan nasi, minima untuk dua.
Bila cuma perlu cedok untuk sendiri, terasa jugak lah...

Biasanya masuk bilik, ada roommate.
Bila duduk seorang, terasa jugak lah...

Biasanya ada orang mengusik.
Bila tiada, terasa jugak lah...

Biasanya keluar, ada teman setia.
Bila keluar seorang, terasa jugak lah...

Biasanya tidur, ada yang baring di bantal sebelah.
Bila berseorang dalam gelap, terasa jugak lah...

sepinya.

A big heart

Untuk punya jiwa yang besar itu bukan percuma,
harus tahan saat diregang.

Ya, pedih mana pun.

Ya, perit mana pun.

Tahan.


Poligami

"Kenapa laki-laki di agamamu itu dibolehkan melakukan poligami?"

"Setahu aku poligami itu boleh..."

"See!"

"..kalau mampu. Aku nggak mampu.. kerana tidak semua orang mampu melakukan poligami.."

"Jangan bilang karena cinta, karena aku yakin, semua laki-laki yang punya banyak isteri bisa mencintai semua perempuan-perempuan itu.."

"Nggak. Beda. Cinta itu tanggungjawab. Seperti kamu kuliah di dua tempat, kamu harus nyelesain keduanya.."

"Satu aja udah pusing..."

"That's the point, you get it now. Satu aja pusing.."

"Maybe that's why im not married yet huh?"

"Oh, itu beda lagi. Karena kamu tidak mau bertanggungjawab."

*ketawa besar*

-99 Cahaya di Langit Eropa-

Hamas

Di hospital. Di pantai.
Hamas, kata Israel, menyorok dalam kalangan orang ramai.
Maka sepertinya, mereka itu...
menyorok dalam hospital El-Wafa.
menyorok dalam hospital Al-Aqsa.
menyorok di pantai, tempat anak-anak main bola.
menyorok di halaman rumah Muhammad Hamad yang sudah 75 tahun usianya.
menyorok dalam kalangan penduduk kuarters kediaman Shujaya.
menyorok di kawasan perumahan Zaytoun dan Toffah.
menyorok di Khan Younis dan Rafah.
menyorok dalam rumah keluarga Qassan.
menyorok dalam rumah Othman Hussein, seorang pemuisi cuma.
menyorok dalam kampung Khuzaa.
menyorok dalam beratus rumah yang sudah tiada rupa.
menyorok dalam 23 tempat rawat dan 84 sekolah.
menyorok dalam kafe, tempat orang berkumpul menonton Piala Dunia.
menyorok dalam ambulans yang cuba mendapatkan insan-insan yang teraniaya.
menyorok dalam 24 jasad yang terkubur dalam sisa runtuhan, tak lagi bernyawa.
menyorok dalam seorang wanita muda memakai selipar merah jambu, tergelimpang di jalanan.
menyorok dalam 2 saudara lelaki, lapan tahun dan empat tahun, terbaring di unit rawatan intensif di al-Shifa.
menyorok dalam anak kecil, yang bahagian-bahagian tubuhnya dibawa ayah dalam beg plastik biasa.
menyorok dalam tubuh-tubuh yang tiba dalam huru-hara di hospital-hospital di Gaza.
menyorok dalam tubuh seorang perempuan tua, terbujur kaku, berlumuran darah, atas lantai batu.
Hamas, kata mereka, sinis dan penakut.

Cubaan kecil menterjemah.
Sumber: http://www.theguardian.com/commentisfree/2014/jul/21/hospital-hamas-isreal-hiding-among-civilians

11

ada sepupu kongsi di mukabuku -
soalan bocor hari raya: bila nak kahwin?

aku rasa...
bila pakcik/makcik bagi duit raya 20k instead of 2 ringgit.
melihatkan kos sara hidup sekarang, mau cun lagi, 50k instead of 5 ringgit.

Memilih

Dengan dunia yang semakin maju
dan masyarakat yang semakin berilmu,
perikemanusiaan sudah semakin mengenal warganegara, bangsa dan agama.