Juta-juta

Tak kisahlah wang siapa.

Manusia lompat-lompat lenggok-lenggok, lantunan suara nan lunak, susunan bunyi nan rancak mungkin bisa menghiburkan hati buat sejenak. Mungkin.

Juta-juta boleh bahagi.

Ada tandas awam paip rosak, pintu tin.
Ada surau awam, penyangkut telekungnya sebatang kayu merentas dua dinding.
Ada anak kecil derita tak cukup wang nak bayar ubat dan hospital punya bil.
Ada kanak-kanak polos minta derma dengan mata terkebil-kebil.
Ada SPCA yang kau lihat dah rasa geli.
Ada anak cerdik tak cukup duit mahu belajar tinggi-tinggi.
Dan banyak lagi.

Menyelesaikan separa ataupun semua itu amat menghiburkan. Mungkin bukan cuma sejenak tapi sepanjang zaman.


No comments: