Menyelamatkan

Barangkali berada dalam situasi pada mana kau disalaherti atau disinggung perasaan atau apa-apa yang menyakitkan baik pada jiwa mahupun pada badan adalah satu cara Tuhan untuk selamatkan kau dari melakukan yang sama pada mana-mana insan.

Wajarlah dikatakan manusia bijak itu orang yang belajar dari orang lain punya kesalahan.

Mencintaimu


Spring

Atas tranparency, prof lukis spring.
Dalam kepala, minda aku lukis curly fries.

Menakjubkan benar bagaimana neuron-neuron dalam kepala bekerja tatkala perut beri signal minta diisi.

Entah

Momen kau mahu yang amat menghulur tangan memberi bantuan meringankan beban tapi kau tak satu zarah idea pun tak ada mahupun sebarang persoalan bernas dan dengan berat kau melangkah pergi kerana jika tidak kau cuma akan terpaku disana, kelu, kaku dan manusia lain akan terpinga-pinga kenapa kau masih disitu.

Jelek

Kalau bukan karena Tuhanku hebat menutup aib,
pastinya aku kan kau lihat teramatlah jelek.

Datang

"Kau bagi signal saja, ramai yang akan tiba."

Barangkali ya.

Yang tiba kerana tubuh.
Yang tiba kerana wajah.
Yang tiba kerana manja.
Yang tiba kerana akal.
Yang tiba kerana suka-suka.
Yang tiba kerana mahu cuba.
Yang tiba kerana mesra.
Yang tiba kerana kononnya cinta.
Yang tiba kerana personaliti.
Yang tiba kerana harta.

Entah mana dia,
yang tiba kerana mahu kata "Aku terima nikahnya..."
disusuli nama satu perempuan yang dia terima seadanya.

Yang mahu menjaga kesucian dengan pernikahan.
Yang mahu menjaga pernikahan dengan kesucian.
Bak kata Salim A. Fillah.

Bila Tuhan bilang 'kun' untuk pertemuan aku dan dia, fayakun.

Juga

Kata orang, dia yang diberi pilihan 'all or nothing' itu pasti merasa sakit.

Percayalah, dia yang memberi pilihan 'all or nothing' itu juga merasa perit.