Aku bantah.
Tergila-gila itu lah yang buta.
Kerana mencintai itu melihat seluruhnya dan menerima.
Mencintai itu melihat cacat cela hodoh jelek dia
dan mensyukuri apa adanya.
Mencintai itu menerima segala perwatakan yang kau tak suka
dan jika tidak menolak, beransur.
Mencintai itu mengenal setiap kebimbangan dan ketidakyakinan
dan menjadi sang bayu lembut memujuk resah hati.
Mencintai itu meredah segala ranjau duga.
Mencintai itu melangkaui rasa sakit luka.
Tergila-gila itu rapuh.
Berderai saat hidup memanifestasikan ketidaksempurnaannya.
Cinta itu kuat
dan menguatkan.
Kerana cinta itu benar.
'Aku cinta kau' tiba-tiba terasa berat...
dengan segala makna yang bakal hadir sama saat diungkap.