Mushy
Pernah jugak stalk timeline sendiri. Tengok time 2011 dan ke belakang.
Secara similenya, macam nak kena NVD tengok status-status dan comments sendiri.
Cemburu?
Tidak memiliki itu juga ujian.
Apa yang kau cemburukan?
Ujian kita cuma lain bentuknya.
Jerebu
Jerebu di hati siapa yang tahu.
Kalau ada indeks pencemaran hati,
gua harap mampu menangis sampai kembali suci.
Penjaga
Is it true? Is it kind? Is it necessary?"
Tak termungkir
terlintas dalam kepala
bahawa segala penolakan
dan segala yang dikekalkan
barangkali cara Tuhan
bantu aku
tepati janji
yang dalam keliru
terlintas aku mahu mungkiri.
barangkali.
empati
bukan supaya kita boleh kata pada orang
- Tak payah nak sedih sangat
tapi supaya kita boleh mengerti
dan beri sebaik reaksi
bila air mata dia mengalir laju
dan dada dia terasa ketat.
Garlic
Guess I wouldn't mind receiving a bouquet.
NB
dalam satu lecture note ni ada term N.B. yang menjadi misteri yang tidak begitu diberi perhatian oleh ramai pelajar. Termasuklah aku.
Aku kira N.B. itu Not to be Bothered.
Rupa-rupanya ianya Nota Bene - To Note Well.
Atas
Terpandang sebaris kata oleh Yasmin Mogahed di mukabuku.
Hati, cukup terpujuk rasanya.
-
Andai apa yang dihadapan itu menakutkan kau
Dan apa yang dibelakang itu melukai kau,
Pandang saja atas,
Takkan pernah Tuhan gagal untuk bantu kau.
Allahuakbar.
Cermin
Sama cantik, sama padan.
Kirinya, pada kamu, yang kanan.
Ada yang tampak sama, ada yang bertentangan.
Namun, dalam apa jua keadaan,
senyuman kamu juga dia punya senyuman
tangisan kamu juga dia punya tangisan.
Itulah dia pasangan.
Kamu punya cerminan.
-------
Dengar Prof Muhaya di tv tadi, isteri cerminan buat suami dan vice versa. Teringat lagu Justin Timberlake - Mirror :D
Nasi
Hari ini, Mak Uda masak nasi arab dan kirimkan untuk kami melalui Pak Lang yang nak datang singgah rumah. Maka, di hadapan sepupu lelaki seorang, sepupu perempuan seorang, suami sepupu perempuan itu dan Pak Lang, nenek aku dengan bangganya buat satu kenyataan yang merujuk kepada aku, yang berbunyi -
kalau dia ni, nasi Malaysia pun dia tak buat.
Kena sedas.
Sweetened
Well...God is just making it sweeter or planning to give you something better :)