Ketam
aku kira itu sebuah perlambangan kejayaan mendidik
kerana anak ketam benar ikut cara ibunya berjalan.
Mungkin tak lurus menurut hukum manusia.
Tapi lurus mengikut fitrah yang Tuhan cipta.
Kita?
Jalan jauh
Ada masa, cukup sukar untuk mengerti aturan Ilahi.
Dan masa itulah, barangkali, Dia mahu latih kau meyakini.
Ribena
Adakala sampai satu masa, fikiran jadi teramat bouncy.
Lagi kuat kau cuba fokuskan kepada nota, lagi dia melantun tinggi entah kemana-mana.
Kelmarin rungut pada ayah,
"Tak boleh fokus la..."
"Minum Ribena."
"Kenapa Ribena?"
"Dia bagi bertenaga."
:)
Kemana
Kalau kemana tu, bukan jodoh lah agaknya."
"Mungkin dia kemana sebentar lepas tu buat pusingan 'u'..."
"Mungkin..."
Belakang pentas
Atau mungkin tepuk sanjungan yang gemuruh?
Aku dah jumpa belakang pentas.
Rupanya kamu cuma berlakon.
Hebatnya sampai aku tak sadar aku cuma penonton.
Wajarlah kamu mahu kembali ke pentas
dan relakan saja aku pergi.
Barangkali itu cara Tuhan tolong tutupkan tirai
untuk persembahan kamu yang cukup asli.
Apa kata sebuah anugerah pemain pentas terbaik?
Dengan iringin tepukan gemuruh?
Aku dah jumpa belakang pentas...
...dan tahu helah kamu.
Meski lambat.
inspirasi: Take A Bow
Tidak membahagiakan
Worth
we are going to hurt some people around us from time to time.
Just make sure we are worth suffering for.
Malu
bila dah hilang, susah nak dapat balik.
Kadang-kadang tak dapat balik pun meski gila-gila mau.
Maka cuma tinggal boleh guna rasionaliti dan nurani yang tak berapa nak suci.
Tapi dua-dua cara tu selalu ada lag time.
Kadang-kadang cuma sempat untuk kasi menyesal saja.
Malu - dia boleh kasi tindakan refleks. Nikmat.
Nikmat yang kadang-kadang kita suka-suka buang.
Notification
Pra-dinihari
Dengan semangat yang tak terkalahkan
empuknya bantal, enaknya tilam.
Yang datang dengan rasa paling fakir
memohon kasih merayu ampunan.
Dengan air mata yang bergenang kemudian berlinang.
Dalam sujud yang panjang.
Indestructible
Depend 100% on Him..
Dear you, thank you :)
Nur
Only radiation that is absorbed by a molecule
can be effective in producing chemical changes in the molecule
Routine
Fighting with boredom can be tough sometimes.
Why the routine?
A good reason can keep you going :)
Teman
I'd like to be one of the prominent mediums through which
Manis
Manis yang terasa pada hati lama-lama terkenang-kenang.
Habibie dan Ainun
"Youtube makan banyak data la..."
"Yaka..patut data aku dah nak sampai limit. Aku tengok movie kat Youtube semalam. Habibie dan Ainun. Ingatkan crita cinta tipikal, rupanya best sangat."
"LOL membaziaq"
"Mana adaaa. Syok. Sampai nangis-nangis aku tengok."
"Podia hang. Dah la susah nak nangis. Membaziaq buat kali kedua. Baziaq data ngan ayaq mata."
Kena dua das.
Sel darah merah
hingga nukleus pun tiada
seluruh ruang cuma untuk amanahnya - oksigen
Jujurnya sel darah merah
hingga mitokondria pun tiada
sikit pun tidak diambil guna amanahnya - oksigen
Mulianya sel darah merah
besar luas permukaannya
yang sedia menyampai amanahnya - oksigen
dan sedia menerima amanah lain pula - karbon dioksida dan lainnya
Sampai masa
sel darah merah menua dan rapuh
Rabaknya adalah pada saat bergerak melaksana amanah
Dalam menghancur, ditinggalnya haemoglobin
agar zat besi padanya bisa diambil
dan untuk kali yang entah ke berapa -
digabung dengan globulin dan terus-terusan berbakti pada tubuh.
KFC
Moga-moga,
sambil makan ayam goreng
kita jadi lebih bertenaga dan bersemangat
menyebar dakwah dengan resmi ayam - Riuh sekampung!
Moga-moga,
sambil makan ayam goreng,
kita jadi lebih tunduk mensyukuri nikmatNya
tunduk syukur dengan resmi padi - semakin berisi, semakin tunduk.
[baca: 'berisi' yang dimaksudkan adalah berisi dengan nikmatNya ya. Kalau berisi badan, kena jogging sekampung! :P]
Butakah cinta
Aku bantah.
Tergila-gila itu lah yang buta.
Kerana mencintai itu melihat seluruhnya dan menerima.
Mencintai itu melihat cacat cela hodoh jelek dia
dan mensyukuri apa adanya.
Mencintai itu menerima segala perwatakan yang kau tak suka
dan jika tidak menolak, beransur.
Mencintai itu mengenal setiap kebimbangan dan ketidakyakinan
dan menjadi sang bayu lembut memujuk resah hati.
Mencintai itu meredah segala ranjau duga.
Mencintai itu melangkaui rasa sakit luka.
Tergila-gila itu rapuh.
Berderai saat hidup memanifestasikan ketidaksempurnaannya.
Cinta itu kuat
dan menguatkan.
Kerana cinta itu benar.
Expectation
And not everybody can live up to yours.
and hence exist words like -
accept
understand
tolerate.
Of engagement
If he's being a jerk, you can always throw the ring back at him."
-abang Ridzwan-
Menunjuk
indahnya melihat fajar menyinsing
pada yang menangisi hampirnya senja
Usahlah dibicara panjang
untungnya memiliki
pada yang tiada
Kalau yang timbul bukan hasad
pasti hati sedikit lara
2 kesempitan
seusai membeli tempat tinggal,
kau akan hadapi dua kesempitan
- kesempitan wang dan kesempitan rumah.
Akhawat
Tapi bagi aku,
selagi perempuan itu berkongsi syahadah yang sama,
dia juga akhawat.
Kerana akhawat itu dari perkataan ukht
yang artinya saudara perempuan.
Bukankah setiap muslim itu bersaudara?
Atau iman kita ada sisi yang cedera hingga persaudaraan itu kita tak rasa?
Tipulah
"Aku tak dapat tidur, tak apalah tak set alarm, nanti aku check jam dari semasa ke semasa, dalam 2.30 pm boleh la bangun bersiap pergi kelas pukul 3."
Tipu sangat.
Bangun-bangun, jam 3.30.
Cuci
- buah pinggang yang sihat cuci darah 60 kali sehari.
Itu buah pinggang dan penyucian darah.
Kita dan tazkiyah an-nafs?
Jujurlah
bukanlah dia tak selemah kau sangka untuk dengar hakikat
tapi belum cukup kuat menghadap indah kau punya dusta.
Tikaman dari belakang saat kau mengalih perhatian dia jauh lebih sakit.
Sakit hati
Mempersia
Kerana batu, sampai masanya, kan menyerah pada laut.
Kerana cinta bisa tergelincir pergi seperti pasir,pabila ombak datang, dari celah jari-jari.
- merujuk kata-kata Michael Faudet.
Hurairah
Tapi belum pernah guna nick tu lagi.
Starbucks incident
"I'm sorry but we're closing in 30 minutes"
Half an hour passed.
"Im sorry but we are now closed"
Walked to car.
Conversation resumed.
A little less than half an hour passed.
Then she drove back to where she should.
Life lessons...
...they come in various ways.
The War
Suddenly 'how do you feel?' becomes very difficult to answer...
...even when it's you yourself is asking you.
Kelebihan
Konon dia lebih daripada kau.
Macam lah kau tu kurang.
Kau cuba bayang,
kalau kelebihan itu adalah memiliki 100 ekor kambing,
maka kalau semua orang punya sama kelebihan,
semua orang dalam dunia akan punya 100 ekor kambing.
Mungkin adil pada matematika,
pada alam? sekalian umat manusia? ekosistem?
M-day
adalah ulangtahun hari pada mana rakyat mendapat keizinan memerintah negara sendiri.
That's one thing, independence is another.
Tunggu
ada sesetengah perkara memang akan mengambil masa.
Kau letak lah baja power macam mana pun
ada sesetengah pokok yang takkan berbuah sebelum musim.
Pemberian
kehilangan itu satu pemberian...
...yang saat tersingkapnya hikmah,
bisa buat kau melutut sujud atas tanah
kerana begitu besar Dia punya rahmah.
Kadang tersingkap cepat, kadang mengambil masa,
sementara itu, duhai jiwa nan berduka,
belajar redhalah.
Jodoh
tak cukup mahu bikin hati sekalian umat tertawan,
namun pasti cukup untuk mendapat satu tawanan,
yang hati tuan hamba akan dia tawan.
Pathetic
kita sampai tak mahu cuba mengisi,
khuatir tak bersyukur.
Apa tidak layak kemampuan memperbaiki untuk disyukuri?
Hadiah
Apa ada yang bisa beri dengan ikhlas yang macam dia.
---
Mentang-mentanglah ikhlas itu tak bisa dikira.
Kadang-kadang kita anggap ia berkadar terus dengan harga.
Siapa tahu,
yang paling kita perlekeh itu,
yang paling mahal nilai ikhlasnya.
Entah
Kau takut untuk gembira, kerana segala kebarangkalian sedih.
Aug 15 2013
Ayah buat sambal belacan, bandung selasih dan potong buah mempelam dan jambu.
Kakak siang sotong, carikan resepi kemudian sediakan ikan untuk digoreng.
Kakak ipar siang udang, buat kuah masam manis untuk ikan dan kutip ulam.
Abang ipar buat ayam goreng istimewa.
Abang jadi runner, belikan segala bahan yang tak cukup.
Kakak ipar seorang lagi bawa kek, kalau tak silap.
Abang seorang lagi pilih untuk tak buat overtime.
Mak uda tolong goreng ikan.
Mak, semoga tenang di sana.
dan... :)
Alhamdulillah.
Semoga Dia memberkati.
Hasbiyallah
Mahu aku tulis itu di udara lalu aku hirup. Biar ia tinggal dalam darah.
Pusing dalam tubuh, ke kepala ke kaki, sekali, dua kali, lagi dan lagi.
Biar setiap inci aku meyakini. Sampai mati.
menakutkan
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya." 17:36
kalau sebelum lidah dikunci pun aku tak mampu beri semunasabah alasan.
Hati nan luka
..the heart needs to be broken
to let the dunya out.
Sometimes...
..the heart needs to be torn
to put us on the journey to find the Healer.
kerana sering kita ini...sudah terhantuk baru terngadah.
and if the lacrimation rate exceeds that of the drainage...
...may it overflows to the heart and wash away the impurities.
(restored from Selipar Polkadot)
Bertahan ya
Kepada yang sungguh berikhtiar, insha-Allah pasti semuanya terbayar.
Kepada yang terus percaya, insha-Allah yang terbaik pasti untuknya.
Kepada yang tak henti berdoa, insha-Allah yang ingin digapai tercapai jua.
Kerana kepadanya kembali segala urusan.
Kerana sungguh Dia paling arif dalam merencanakan.
The dysfunction
apa kita bukan satu?
maka ada yang terangkan, tujuan setiap jemaah itu sebenarnya sama cuma terpisah dek cara berbeza.
fikrah berbeza kata orang tapi insha-Allah matlamat dikongsi bersama.
kemudian, hairan aku...
mengapa perlu jemaah bertelingkah, adakalanya saling menjatuhkan?
apa bukan salah satu dari 7 golongan yang mendapat naungan tikamana tiada naungan selain naungan Tuhan adalah mereka yang keranaNya saling berkasih sayang?
maka ada yang terangkan, tidak semua begitu. tertakluk pada individu.
kemudian, hairan lagi aku...
mengapa kerana bedanya jemaah, hingga bisa menolak lamaran?
apa bukan menarik saling bertukar pendapat, mengembang idea baru, mungkin.
maka ada yang terangkan, masing-masing pasti mahu aktif dalam jemaah masing-masing, khuatir tak sefahaman lantas saling nusyuz maka penolakan itu satu pengelakan.
raikan perbezaan, kawan. andaikan jemaah berbeda itu seperti beberapa pasukan perang, ada yang berkuda, ada yang berbusur, ada yang berkapal, ada yang terbang. ada pasukan sayap kiri dan sayap kanan. ada yang tempur dihadapan ada yang kepung dari belakang.
apa perlu kita kata yang terbang itu cita-cita terlalu tinggi atau yang berjalan itu terlalu lambat atau yang dihadapan itu berani tak kena tempat? apa tidak bisa kita saling melengkapkan? saling mengingatkan?
hairan.
muhajirin dan ansar juga bersatu.
mengapa tidak kita?
hairan.
apa bukan kita punya sama rujukan?
sunnah dan al-Quran.
apa bukan kita sama menuju Tuhan?
hairan.
apa kita bukan seperti komponen satu tubuh?
cubit paha kiri, sakit juga paha kanan.
mengapa perlu self-destruct?
hairan.
bayangkan saja kalau tangan kiri tak mahu bekerjasama dengan tangan kanan.
bayangkan saja kalau gigi kau suka gigit lidah.
the dysfunction.
Memandu
kadang tertanya apa perlu ke gear 2 secepat itu
kadang jadi ragu apa benar perlu ke gear 3 atau itu masih perlahan
kadang jadi terfikir apa gear 4 itu paling molek
kadang gear 5 terasa selesa tapi kadang rasanya keterlaluan
kadang jadi tidak tahu bila reverse itu perlu
atau cukup sudahkah reverse sebanyak itu
tak, aku tak bicara soal memandu kenderaan.
ini soal memandu kehidupan.
iman itu GPS penunjuk jalan.
bila signal lemah,memang...
memang jadi terpinga-pinga.
gerak ikut mana kaki bawa,
sambil tercari-cari...
dimana signal kuat,
dimana jalan yang tepat.
mereka yang sesat,
jangan disangka tiada yang kembali.
May Allah swt guide us all.
25:58
Uncertainty
Serapuh kepastian ketersampaian nafasku kepada detik yang mendatang.
'Kun fayakun' bukan bidang kuasa aku.
Gaza
sukar sungguh rasa aku
hujan lebat tanpa payung
di sebelah sana dunia
tabah saudara-saudara aku
hujan peledak tanpa bumbung
(dipulihara dari Selipar Polkadot)
Penambahbaikan
Saat sampai ke amateur dari novice itu indah. Tapi perjalanan masih jauh. Ujian semakin halus. Kadangkala seperti puddle air kecil atas lantai marmar. Tak terperasan. Sedar-sedar sudah tergelincir terduduk mengaduh kesakitan.
Mempotret
dan masih terkial
melakar potret ad-deen
pada setiap yang ku ucap
pada setiap yang ku perbuat
dengan setiap anggota
yang tidak dan yang terlihat
mengapa potret?
kerana ianya representasi artistik
yang semampu hampir dengan subjek
yang semampu hampir dengan subjek
(dipulihara dari Selipar Polkadot)
Sepi
Besar
Besar lagi cinta Dia pada kita.
Beku
beku lagi jiwa ini
sejuk cinta dunia menyucuk
badai ketidaksempurnaan menghancur
dan sang matahari muncul
sang matahari yang tak pernah menipu
lembut menebar hangat cinta hakiki
jiwa beku hancur, lebur
sikit sikit tersejat naik
mencari Sang Pemilik Hati
andai harus turun kembali
izin jiwa jadi air suci
hadirnya menyubur bumi
(restored from Selipar Polkadot)
Jelek
kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku menutup aib
pastilah aku tampak teramatlah jelek.
kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku beri hidayah
pastilah aku cukup tak tentu arah
kalau bukan kerana hebatnya Tuhanku kurniakan taufik
pastilah aku tak mampu sikit pun buat baik.
kalau ada perkara dalam hidup ini yang boleh aku banggakan
cuma satu - Dia, aku punya Tuhan.
Allah.
Selipar Polkadot
Dan kau boleh, dengan mudah, berhenti buat sesuatu yang kau buat bertahun lama.
Adil
ujian itu
adalah pada
meyakini Tuhan itu Maha Adil
saat segalanya seolah meyakinkan kau takdirNya itu tidak.
By the will
and they will stop by the will of Allah.
Some other people might start caring for you by the will of Allah
and they might continue caring for you till the end of their lives by the will of Allah.
You will own something by the will of Allah
and you will lost them also by the will of Allah.
You might get something new and better by the will of Allah
and they might be yours forever by the will of Allah.
All for very very very good reasons
which are sometimes too far away out of our boxes.
unending
Why surprised? Is there a point at which someone can be totally flawless?
One word
"I memang emm tak lah kan..."
"You aaa..."
and she has known me all my life.
Fesyen
Tengok Kristine Hermosa kat tv3 dengan anak sulung abang....
"Kakak, cantik kan dia...?"
"Cantik...tapi kurang fesyen..."
"Apadia?"
"Tak dak tudung."
Foreign workers
or make fun of
some foreign workers from third world countries
who came to work here in our country,
some of them are actually those who
made full the second (which also happens to be the last) saff
during Isya' and Taraweeh prayer
in some house of Allah.
Subhanallah.
Mana tau, barangkali level dia dengan Tuhan lagi up ka...
Master
Makcik aku-tak-ingat-nama-seriously : Belajar lagi ke, ke dah kerja?
Aku : Belajar lagi. Baru habis second year.
Makcik aku-tak-ingat-nama-seriously : Oh study apa, master ke?
Before I start my degree.
Lao shi : You sekarang buat apa?
Aku : Tengah cuti, tunggu nak continue study.
Lao shi : You nak buat master ke?
Makcik
Mata dah kalah Garfield.
Sampai pusingan terakhir,
Makcik Napsiah kata - Penat ya..?
Masalahnya makcik Napsiah tu yang makcik
=.="
Tarawih.
Benci
OOTD
Tesco, Jusco dan Pacific kena berterima kasih banyak kat aku.
Cakap KL
"Hang memang cakap KL pun!"
"Takdelah sangat..."
*ketawa besar sambil ulang 'Takdelah'*
*ketawa besar lagi*
Panahan
Kadang-kadang tertusuk sikit. Luka ringan.
Kadang-kadang tusukannya dalam. Mencabut, sakit. Membiarkan, lagi sakit. Dan bila melihat parut semakin hilang - tenang, dalam kesedaran bahawasanya melepaskan pergi itu menyembuhkan.
Pada satu sisi,
cinta tak perlu panahan,
cinta perlu rawatan.
Rawatan? Ya. Rawatan.
Agar ia subur, tumbuh tinggi, kukuh dengan bunga mekar nan mewangi.
Agar rendang menyejukkan mana-mana pasang mata pun memandang.
Agar akar merangkak jauh, berselirat mencengkam kuat pada syariat.
Agar dahan bisa menujah awan, menggapai jauh, mencari Tuhan.
siang malam
terang siang yang cukup benderang hingga aku berusaha tunduk dalam kesederhanaan
aku harap itu siang malam sampai tiada lagi siang malam untuk aku
tapi
rona gelap malam ada tonanya
rona terang siang juga ada tonanya
dan pada itu, ujian
dalam malam gelap pekat, apa aku masih akan dongak dengan tekad?
dalam siang pudar terang, apa aku tegar angkat kepala sambil berjalan?
Tunggu
Mungkin itu yang Tuhan mahu aku tahu.
Mungkin.
Senyuman
membawa kau kepada pencarian pengukir terhandal
yang ukirannya tak mampu disentuh insan
lalu kau bisa terus tersenyum
harga ukirannya - percaya.
Ayah
Me and him were at a bookstore.
I was wanting to finish off my book voucher
and to do so I need just one more book.
Just one more.
And I have no idea what else I wanted.
"Pak pilihlah satu. Tak tau dah nak amik buku apa."
He looked around and he picked one -
Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.
Revelation
Kerana bila tiada 'dia' yang menghalang dan mencadang,
tahulah kita siapa dalang.
The Murderer
She knows
yang pada mana dia dengar suara kau di hujung talian berbicara tentang macam-macam,
dia boleh kata
"Kau masih fikirkan hal yang tadi tu kan..?"
Dan kau ketawa.
Dan dia turuti.
Dan bila kau kenang kembali,
kau jadi syukur pada Tuhan...
Zafran Adli
Suatu ketika semester lepas, aku kena buat karangan laporan. Maka aku harus letakkan satu nama sebagai kononnya penerima laporan tersebut yang berjawatan sekian-sekian. Maka satu nama muncul dalam kepala - Zafran Adli. Out of the blue. Maka tugasan laporan yang berikutnya pun aku guna nama yang sama.
Jerat
bukan macam memancing anak kecil dengan gula-gula.
Tapi kalau kau tak sedar pun tak apa.
Her benefit.
Perlu
dan atas segala yang terjadi
semakin yakin aku
aku perlu disini.
Sekalipun seisi dunia merasa tidak.
Diabetik
Tak terasa lukanya, sedar-sedar sudah berborok.
Many applies what I guess I can call The Diabetes Business Strategy.
Mungkin gua pun sekali. Hmm.
Transporter
In the future,
they can
metaphorically
transport the receiver
back in time
to when it was given.
And sometimes,
feelings forgotten
rejuvenates.
Wedding dress
Beads of amal jariah.
Embroidered flowers of sadaqah.
Sprayed mists of wonderful du'as.
Wedding dress adalah sangat mengujakan.
Meski entah bila tidak tahu akan pakai.
Tapi gua problem besar tak settle-settle tang nak deco kain kafan.
Meski bila-bila saja ada possibility kena pakai.
Mushy
Pernah jugak stalk timeline sendiri. Tengok time 2011 dan ke belakang.
Secara similenya, macam nak kena NVD tengok status-status dan comments sendiri.
Cemburu?
Tidak memiliki itu juga ujian.
Apa yang kau cemburukan?
Ujian kita cuma lain bentuknya.
Jerebu
Jerebu di hati siapa yang tahu.
Kalau ada indeks pencemaran hati,
gua harap mampu menangis sampai kembali suci.
Penjaga
Is it true? Is it kind? Is it necessary?"
Tak termungkir
terlintas dalam kepala
bahawa segala penolakan
dan segala yang dikekalkan
barangkali cara Tuhan
bantu aku
tepati janji
yang dalam keliru
terlintas aku mahu mungkiri.
barangkali.
empati
bukan supaya kita boleh kata pada orang
- Tak payah nak sedih sangat
tapi supaya kita boleh mengerti
dan beri sebaik reaksi
bila air mata dia mengalir laju
dan dada dia terasa ketat.
Garlic
Guess I wouldn't mind receiving a bouquet.
NB
dalam satu lecture note ni ada term N.B. yang menjadi misteri yang tidak begitu diberi perhatian oleh ramai pelajar. Termasuklah aku.
Aku kira N.B. itu Not to be Bothered.
Rupa-rupanya ianya Nota Bene - To Note Well.
Atas
Terpandang sebaris kata oleh Yasmin Mogahed di mukabuku.
Hati, cukup terpujuk rasanya.
-
Andai apa yang dihadapan itu menakutkan kau
Dan apa yang dibelakang itu melukai kau,
Pandang saja atas,
Takkan pernah Tuhan gagal untuk bantu kau.
Allahuakbar.
Cermin
Sama cantik, sama padan.
Kirinya, pada kamu, yang kanan.
Ada yang tampak sama, ada yang bertentangan.
Namun, dalam apa jua keadaan,
senyuman kamu juga dia punya senyuman
tangisan kamu juga dia punya tangisan.
Itulah dia pasangan.
Kamu punya cerminan.
-------
Dengar Prof Muhaya di tv tadi, isteri cerminan buat suami dan vice versa. Teringat lagu Justin Timberlake - Mirror :D
Nasi
Hari ini, Mak Uda masak nasi arab dan kirimkan untuk kami melalui Pak Lang yang nak datang singgah rumah. Maka, di hadapan sepupu lelaki seorang, sepupu perempuan seorang, suami sepupu perempuan itu dan Pak Lang, nenek aku dengan bangganya buat satu kenyataan yang merujuk kepada aku, yang berbunyi -
kalau dia ni, nasi Malaysia pun dia tak buat.
Kena sedas.
Sweetened
Well...God is just making it sweeter or planning to give you something better :)
Ulangkaji
Study week blues -
Staring blankly at the floor suddenly becomes very very interesting =.="
Nota, tolong jadi lebih menggoda dari lantai dan objek-objek statik yang lain. Sekian.
160
Dalam banyak-banyak Exit di lebuh raya Malaysia, aku kira aku paling suka Exit 160.
That small town :)
When You Are Gone
Mahu maki?
Geraham
Aku : Gigi shark! *confidentlebihkurangsambilfikirgigibuaya*
Kawan: *ketawaketawa* Gigi geraham la, adi!
Oh...
Islamik
Seharusnya dia yang beragama islam itu bagaimana lah?
Kelakar seharusnya bila kita kata kita tidaklah begitu islamik.
Sebenarnya kita ini orang islam yang bagaimana lah?
What is islamic anyway?
Isn't islam the way of life.
Hmm.
tailor-made
Bagi lain orang, barangkali difikirnya longgar.
Bagi lain orang lagi, barangkali difikirnya ketat.
Ya lah, mereka ukur ujian itu di jiwa sendiri.
Hakikatnya, cocok sama susuk jiwa kamu.
Tak singkat seinci.
desperado
starting to really understand that.
Sunset
Would I too...when my time comes.
May it be.
Subway
"Welcome to Subway
where great taste, freshness and variety come together for your enjoyment.
This menu represents our commitment to helping you discover and maintain healthful eating habits while enjoying the foods you love.
We offer a variety of sandwiches, salads and wraps and encourage you to customize your order to satisfy your tastes. Our menu includes a complete listing of ingredients to help you make informed choices - so you can either eat sensibly or splurge.
It's all here for you. So enjoy! We're glad you came."
Take 2 -
Welcome to my life,
where great taste, freshness and variety come together for your enjoyment.
This menu represents my commitment to helping you discover and maintain healthy relationship while enjoying being with the woman you love.
I offer a variety of style, behavior and attitude, and encourage you to customize me to satisfy your taste. My menu includes a complete listing of ingredients to help you make informed choices - so you can either love sensibly or....
It's all here for you. So enjoy! I'm glad you came.
kau bukan customer dan aku bukan roti Subway
dalam konteks aku adalah untuk kau customize mengikut selera kau.
kita lebih kepada seperti sirap dan susu
we're supposed to blend nicely to make a delicious bandung :)
tongue-tied
seolah otot kardiak mengetat
bronkus terasa sempit
seolah otot skeletal mencekik
dalam menadah tangan
seusai bangkit sujud
dalam air mata bergenang
lidah terus kelu
seolah neuron-neuron haru-biru
mahu dipanjat doa tapi tak mampu
dan sekelumit rasa tenang hadir
dari hakikat bahawasanya Dia mengerti
apa aku mahu cakap dalam setiap kata yang tak terucap
setiap babak kisah duka dalam setiap titis air mata yang aku seka
Allahurabbi.
Solution
"I wish to know what to do...haha"
"Hehe...that would be nice kan?
To have a problem and obvious solution....but that is just not how life rolls."
April 14 2013
Line
Not all knights in shining armor can make your dreams come true. I might be a knight in rusty armor but I'm willing to fight for you.
:)
Sambal
"Rasa pelik macam mana?"
"Tak tau nak kata, macam rasa lain sikit."
"Terlebih belacan..."
"Ohh. Eh, pak buat ka?"
"Ha..."
Sama-sama ketawa.
To be missed.
Akur
meski untuk sebahagian penghuninya, mentari harus terbenam.
Apa bisa aku seakur bumi pada qada dan qadar Tuhan
meski segalanya.
Masih dalam perjalanan.
Destinasi I: Akur
Destinasi II: Syukur
Lasi
konfesi semanis konfeksi bikin sangsi
imaginasi yang entah bisa direalisasi
ambisi duniawi, manipulasi psikologi
kadang seperti kapal hilang kelasi
kadang melayang dalam fantasi
marcapada menggoda bikin komplikasi intuisi
harap di hujung cerita, tak mati sebagai 'asi.
Bangun
Tuhan, pada setiap terjaganya aku, mampukan aku letak, pada rasa yang teratas -
syukur pada Rabb al-Alamin;
yang menciptakan aku
maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk.
[26:78]
yang memberi aku makan dan memberi aku minum.
[26:79]
dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan.
[26:80]
yang yang mematikan aku, kemudian menghidupkan.
[26:81]
yang aku harap agar ampunkan dosa aku pada hari penghakiman.
[26:82]
Catur
ubah
Message
Seni
Kalau bukan kerana Tuhan,barangkali aku tidak kisah jadi pelacur kreativiti.
Barangkali aku akan bangga
mampu sentuh mesra mana-mana jejaka,
asal mampu menjiwai karakter agar berjaya jalan cerita.
Barangkali aku akan bangga
fleksibel pada apa yang akan membalut tubuh
asal mampu tampil padan dengan watak yang dibawa.
Lepas tu, entah bagaimana mahu jawablah kan
kalau Tuhan tanya "Atas dasar apa kau ingkar hukum aku?"
Atas dasar tuntutan seni yang dipelopori manusia?
Seni tak bisa selari dengan hukum Tuhan, meh?
Mana mungkin seni menjadi jelek dengan celupan yang Maha Indah.
Kata-kata
cuba semampu, kuatkan aku.
aku kira, Kau sedang perlihatkan aku satu anugerah :)
Casing
Warna yang ada cuma hitam, merah dan biru.
Aku suka hitam tapi telefon dah hitam.
Biru yang ada tu tak lawa.
Merah. Aku pilih merah.
Sepanjang perjalanan balik memang rasa macam nak patah balik.
Rasa nak patah balik pergi cari Ah Joh tu mintak tukar casing hitam.
Tapi intensiti kemalasan mencapai tahap melampau maka aku biarkan.
Lama-lama tengok, cantik juga sebenarnya.
Agaknya, dengan pasangan hidup juga begitukah?
Dalam kurang suka, atas sebab tertentu, kau setuju,
lama-lama hidup, nanti cinta juga akhirnya?
Mungkin.
Chelsea Smile
We all carry these things inside that no one else can see.
They hold us down like anchors. They drown us out at sea.
I look up to the sky, there may be nothing there to see.
But if I don't believe in Him, why would He believe in me?"
Chelsea Smile, Bring Me The Horizon
The Reminder
Soalan
Petah mungkin aku mampu jawab saat ini, entah sepetah itu di barzakh nanti.
Tentang umur, waktu muda, harta dan ilmu di dada.
Terkial sudah aku mahu jawab saat ini, entah bagaimana di mahsyar nanti.
Hanyut
puisi itu dari hati.
Tanpa sedar,
kau muncul dalam setiap bait.
Tuhan,
ajari aku menulis dia pergi.
blackout
be careful of those who cannot see,
who would try to bring you dark."
- The Footsteps Made of Fire, I Wrote This For You-
"You can join the millions talking in the dark.
Or you can stand up and scream light, out into the night."
- The World Needs More Lighthouses, I Wrote This For You-
Apa pun yang di atas,
Lailahaillallah Muhammad Rasulullah harus teratas.
Moga Tuhan senantiasa pelihara hati daripada blackout.
Hujan
Allahumma soyyiban nafi'a
May Allah give the best to Malaysia.
Hujan pagi tadi.
Turun sama rahmat barangkali.
Bersih, semoga, kali ini.
Struggle
Menelan yang pahit-pahit dalam hidup tanpa jadi sedikitpun kurang manis :)
Harap
Tuhan,
mampukan aku tahan perit rasa meregang tangan
bagi menggantung harap pada cuma Kau
yang adakala rasanya tak tercapaikan.
Aku tahu ada manis dalam sakit itu.
Tuhan, izin aku rasakan.
P
Kau harus buat pilihan
untuk ambil peluang
kalau kau mahu perubahan.
Apa kau nak takut
kalau pergantungan kau pada Tuhan?
Mata
Laku
Salah satu deskripsi dalam poster kursus - Sijil laku seumur hidup.
A pathetic thought crossed my mind
- sijil je laku, aku tak pun.
:P
astigmatisma
menerobos kornea mata minda
tajam menusuk meninggalkan parut
bet that explains the narrow minds and shallow thoughts
Escape
Travelling.
It fills you with something new everytime.
You'll never come back the same.
Satu proses indah dalam usaha mengkonstruksi dan merekonstruksi jiwa.
In need of a sweet escape from the routine.
Sempurna
life would turn out, maybe not as how we want it to, but just perfect.
Kerana yang mengaturnya itu Maha Sempurna.
Rahmat
in the form of a lesson.
Alhamdulillah.
Masha-Allah.
Tabarakallah.
Fiktif
"Dengan Batman laa.."
"Kenapa Batman?"
"Catwoman kan bercinta dengan Batman. Jadi Catwoman sudah laa..."
kawan,
experience finally succeeded to convince me that they're just fictional characters.
Penyimpangan
Kita -
cuma sebuah penyimpangan manis yang singkat tanpa sengaja dari realiti.
Bersemadilah dengan aman dalam aku punya kotak kenangan.
Aku kira penghidupan semula kau dalam hidup aku itu cuma atas kuasa Tuhan.
Bukan milik
adakalanya sedekat dapat dicapai tangan
namun seperti tiada langsung kemungkinan untuk dapat dipegang.
Sebuah penafian pemilikan....
mungkin sementara...
mungkin selamanya...
yang wajib kau redhai.
Percaya
Masa
Nikmat
Dia yang satu lagi itu bikin aku ketawa.
Pada rasa pilu
mata bengkak
suara sengau,
Tuhan perlihat nikmat sahabat.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
Kemalangan
Dan jarang, cukup jarang...
kemalangan tanpa cedera.
Sometimes the time of impact is super short.
Yet, the force is super large.
Then, there goes - a big dent.
Dan akhirnya kau harap Tuhan sembuhkan.
Tepat
Cabarannya, kita yang harus cari cara tepat untuk hadapi.
Kadang-kadang, cari punya cari tetap sampai jalan mati.
Barangkali Tuhan mahu ajar - sabar, solat dan tawakkal.
Jalan
Yang kiri tak selalunya salah.
"Pandangan mata selalu menipu.
Pandangan akal selalu tersalah.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki."
Dan hati...
tak selalunya selari dengan akal.
Maaf, kalau aku tampak tak rasional pada kamu.
ketidaksamaan
Gentleness does not define fragility.
Level of education does not define sagacity.
'Catwoman'
Ketidakselarian
Mahu jadi yang dia suka.
Atau mahu jadi yang Dia suka.
Ketidakselarian keduanya adalah manifestasi sebuah percanggahan.
Dan kau lebih tahu mana yang utama.
Mengalah
I caught myself doing something silly,
unintentionally,
and somehow I never stop hoping
those silly acts will lead to a much wiser one.
And I caught myself doing something silly, again.
And, again.
No, I haven't stop hoping.
No, not yet.
No, I shouldn't stop, right?
Malu
acap kali diuji dengan perkara yang hampir sama,
ketahuilah barangkali, kau masih gagal melepasinya.
Macam repeat paper bila kau fail exam.
Malu dengan Sang Penguji.
Asyik-asyik muka ni.
Disenyapkan
Sambil ligat jari sentuh skrin.
Mahu balas pesanan ringkas kamu.
And my prepaid balance silenced me.
Bukan aku tak sudi.
'Unblock'
Tak semua jalan keluar kau boleh jumpa dengan maju kehadapan cuma.
Kadang-kadang perlu undur dan susun semula banyak perkara.
Merajuk
kau lastik aku dengan rasa bersalah
dan lari laju penuh drama sambil tolak aku pergi.
Bukan sekali dua. Bukan sekejap cuma.
Sistem imunisasi bukan cuma ada pada tubuh.
Perasaan juga ada, tahu.
Tuhan, tolong ikhlaskan.
Sisi itu
ada juga sisi gelapnya.
Jelek jelek pandang
tak mahu juga malam tanpanya
Kerana itu bulan, sebahagian hidup aku.
Apatah lagi......
Hilang
Luas rasa hati yang Tuhan beri, tak mampu duga yang kan tiba nanti.
Perkataan B
Mungkin cuma argumen dia yang itu.
Mungkin cuma tindakan dia yang itu.
Mudah kau kata dia, maaf sebut, bodoh.
Seolah kau tahu saja isi kepala dia.
Maaf, aku tidak setuju bila kau guna perkataan B itu bukan pada tempatnya.
Sekalipun kena tempatnya, aku percaya perbendaharaan kata kau cukup luas untuk pilih gabungan sukukata yang berbeza.
Rasulullah s.a.w juga ajar cara hikmah bukan?
Hak
Kalau aku mahu pakai oversized shear white shirt with tight bell-bottom jeans
Kalau aku mahu warnai kuku dengan pengilat kuku hitam
Kalau aku mahu dicacah satu tatu pada lengan kiri aku
Kalau aku mahu sentuh siapa sahaja aku mahu
Kalau aku mahu minum makan apa saja aku lalu
Kalau aku mahu menari di pentas buat tontonan semua.
Kalau aku mahu lontarkan suara menggoda untuk halwa telinga manusia.
Kalau apa sahaja...
semuanya hak aku.
Tapi jauh mendahului hak aku, hak Tuhan.
sikit lagi
Dan masih merah.
Dan masih merah.
Kereta pertama beralih arah.
Lampu trafik masih merah.
Kereta kedua beralih arah.
Kereta ketiga yang turut merasa lelah menunggu kini di hadapan.
Lampu trafik bertukar ke hijau.
Kadang-kadang kita perlu sabar sikit saja lagi.
Sikit saja lagi.
Sikit saja.
kusut
dan akhirnya bikin keputusan yang seolah aku tidak pernah fikir langsung.
=.="
Pelik
tapi banyak yang dia lepaskan, atas alasan mahu cari redha Tuhan.
Kita kata dia pelik.
Barangkali terbahak-bahak iblis ketawa
sambil beritahu kawan-kawan bahawa kita kurang cerdik.