Tunggu sekejap

 


Tunggu sekejap
agar dapat matikan flight/fight response

Tunggu sekejap
agar dapat bantutkan amygdala hijack

Tunggu...

sekejap....

agar dapat peluk amarah itu...

agar dapat peluk anak itu..




Sembah

"Which household chores do you prefer to help me with regularly? I know definitely not folding clothes so perhaps something else."

"Apa ni. Buat suami macam hamba."

Berbekalkan hadis

"Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib]

bagi dia
isteri ini serendah itu darjatnya
maka harusnya isteri turut sahaja
apa suami beri, terima
apa suami mahu, lakukan
apa yang isteri tidak mampu, suami kiranya sudah berkorban untuk menerima
apa suami tidak bantu, bukan untuk dipertikainya
kerana suami ini setinggi itu darjatnya
isteri hanya perlu sami'na wa ata'na

"That sounds like what..halal slavery?"

Dan dia tak dapat menjawab. 

Entah kenapa hadis yang ini

"Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.

Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053"

seolah tak ada nilai baginya.

Mungkin memang seberat itu tanggungan isteri.
Mungkin salah sendiri bila fikir mampu pegang gelaran ini. 

#roadtoge14

Masa sekolah menengah, bila tulis karangan berbentuk cadangan sama ada BM/English, selalu akan guna cadangan-cadangan biasa dan mudah macam berkempen etc lepastu penguat hujah atau harapan yang disertakan dengan cadangan tu kemain bulan bintang, agar sistem bla bla bla lebih teratur, agar negara lebih maju, supaya generasi kemudian lebih cemerlang whatsoever. Habis pompang-pompang dalam karangan, siap, yay.

Bila masuk pre-u course, semua tu dah kurang relevan, thanks to one of my ESL (English as Second Language) lecturer.  Bila tulis academic writing, beliau sangat menitikberatkan cadangan yang directly address the issues dan goals yang lebih hampir dengan issue instead of  goals yang terlalu sempurna/tinggi walaupun probably achievable in the long term dan walaupun goals itu lah yang kita nak. Pokoknya, biar suggestions dan goals yang kita set itu realistik, biar ianya sesuatu yang kita boleh execute/capai/buktikan.

And I think semua ilmu tu berguna bukan sahaja bila nak karang penulisan akademik tapi juga bila hendak mengundi. Nilailah.

#roadtoge14

“Sempat lagi berkempen.”, aku fikir
bila pesakit di kaunter pesan “Jangan lupa undi ***”.
Aku senyum. Dia rupanya, tak berhenti di situ.
Katanya lagi (paraphrased ya), undi tu bukan sebab siapa lebih baik dari siapa. Masing-masing pun ada kes masing-masing tapi kita menuntut perubahan supaya ada persaingan dalam membela nasib rakyat, agar Malaysia lebih maju, agar yang memegang mandat tak selesa disitu hingga berani menipu. Sudah berpuluh tahun parti yang sedia ada memegang kerajaan, terlalu lama. Bukanlah semua tentangnya buruk, malah subsidi dalam sektor kesihatan/perubatan kita antara yang terbaik, bayar RM1, macam-macam dah dapat. Tapi kita mesti ubah, agar antara parti saling mengaudit, jadi masing-masing tak berani buat angkara.

True much.

NSAID won’t do

When you take NSAID 
and it doesn’t seem to work so well
then you realize it’s not an inflamed whatever
.. it’s an inflamed soul. 

The pain rippled.

Pakatan Rakyat

Muafakat membawa berkat, bukan?

Empati

Yang pernah mengalami
boleh jadi yang paling mengerti
juga boleh jadi yang paling menyakiti.

Because tough times...
they make you either bitter or better.
And that, is up to you.